Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Saturday, August 27, 2011

Adakah Kita...



Mari kita muhasabah diri sama2… renung2kan…adakah kita...
…...lebih gembira menyambut 1 Januari berbanding 1 Muharram?

......lebih tahu apa itu 14 Februari berbanding 12 Rabiulawal?

......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad berbanding hari Jumaat?

......lebih khusyuk mendengar lagu berbanding mendengar Azan?

Friday, August 26, 2011

Hebatnya Ayat-Ayat Cinta



Surah Yassin adalah the heart of AL- Quran : Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang ( Setiap ayat didalam surah ini mengandungi hikmah, doa dan kekuatan tak terhingga jikalau diamalkan )

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita



15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :

1) Pintu marah..
2).Cinta dunia
3) Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu
4) Panjang angan-angan
5) Rakus

Pesan Imam Ghazali



Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…

Renungan bersama untuk kita semua serta diri saya

Soalan Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Berhenti Sebelum Kenyang !!



Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.
LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati.
KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG: zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

Jangan Ada Dalam Diri



Ramainya orang yang rajin beribadat, tetapi kerajinannya ada tujuan tertentu, bukan bertujuan kerana Allah ta’ala; Maka sebab itu ibadatnya musnah akibat ketidak ikhlasannya serta mempunyai sifat riak dan takabur;

7 sebab manusia menjadi riak / ujub / takabur:-

1. dia merasakan amalannya hebat daripada orang lain;
2. dia merasakan keturunannya hebat. (Note: Iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi atau dipusakai
3. dia merasakan dia lebih kaya daripada orang lain (Note: Orang yang paling kaya adalah Nabi Sulaiman, antaranya dikurniakan isteri yang ramai serta zuriat yang ramai dll);

Kekuatan Terbesar Manusia



Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

KEKUATAN TERBESAR MANUSIA

Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan maha karya. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikiran. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan fikiran tersebut, sebab kita sering terjebak dalam zona nyaman atau kebiasaan tertentu. Sehingga selamanya tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang berarti.
Oleh kerana itu milikilah target yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih siap menghadapi rintangan yang ada.

10 Laluan



1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/kencing)

Tidur Yang Sunat Dikejutkan



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Azab Allah untuk Manusia Keji : Kematian Mustafa Kamal Ataturk


Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Wasiat Imam Syafie



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


Kunci Syurga



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Kalaulah Wanita Tahu



Bismillahirrahmanirrahim.....



~~~ Sekadar perkongsian.... ~~~
>> KEPADA KAUM ADAM....BENAR ATAU TIDAK...???...



** Lelaki juga boleh menjadi yang begitu SENSITIF dan MENGAMBIL BERAT (prihatin).

Atuk Kata !



Bismillahirrahmanirrahim........


ORANG KATA....... Enjoy sementara muda, hidup masih panjang lagi, dah tua nanti taubatlah...
ATUK KATA....... Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi...entah esok lusa Izrail datang menjemput...
AKU RASA...... Betul tu...


12 Barisan Di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Thursday, August 25, 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga



Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

10 Orang Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah s.w.t



~**10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

10 Pesanan Rasulullah s.a.w



Ada sepuluh pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita mengusir iblis dan bala tenteranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sedari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira”.

Malam Pertama



Malam pertama
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahad?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu
dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman,
orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

Mengapa Doa Tak DiMakbulkan ?



Agama Islam menyuruh penganutnya supaya selalu bermohon kepada Allah swt. Setiap doa yang terbit dari hati yang tulus ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku (Allah) maka (jawablah) bahawa aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik .

Benci - Ibarat Pisang Yang Busuk !



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

7 Petua Mengatasi Sifat Cemburu



Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah SWT menyuruh iblis sujud pada Nabi Adam, iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah SWT memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas mukabumi ini.

7 Petua Mengatasi Sifat Cemburu

Jangan Buka Aib Orang !!



Jangan buka AIB orang..!

Golongan yang menyebar khabar angin dan surat layang bagi memburuk-burukkan orang lain adalah manusia yang tidak mencintai keharmonian dan kestabilan hidup. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar." “Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara.” - (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Jangan La Marah ..



ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Ucaplah, "Jazakallahu khairan.."



Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka hendaknya dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Sungguh hal yang demikan telah bersungguh-sungguh dalam berterimakasih.”

Ubati Kesedihanmu



Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih.

Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Al-Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.

Kisah satu

Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang.

Kisah dua

Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.

Kisah tiga

Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.

Kisah empat

Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.

Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.

Ustaz Amin

ayu zamani: Bila kesedihan, bacalah Al-Quran, nescaya tenang hati, tenteram fikiran, lalu jalan yang kelam ternampak terang..

Dimanakah Burung Ababil itu ??



1400 tahun lalu, Rasulullah saw telah memberitahu, bahawa kita, umat baginda, akan ditimpa satu keadaan yang sangat teruk.

“Hampir tiba masanya, semua umat yang ada akan merebutkan kalian, sepertimana pemangsa mengerumuni hidangan.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana bilangan kami (umat Islam) ketika itu sedikit, ya Rasulullah?”.Baginda menjawab, “Tidak,bahkan jumlah kalian amat banyak. Namun, keadaan kalian seperti buih di lautan. Allah mencabut dari hati musuh-musuh rasa takut terhadap kalian, lalu Dia memasukkan Wahn ke dalam hati kalian.” Sahabat bertanya lagi,”Apakah Wahn itu?” Baginda menjawab,”Cinta dunia dan takut mati.”.
(Hadith riwayat Abu Dawud)

Apa pendapat kawan-kawan? Sudah tibakah zaman itu? Bukankah kata-kata Rasulullah saw itu sudah menjadi realiti hari ini? Bilangan kita 1.5 billion, di kalangan penduduk dunia yang jumlahnya 6 billion. Namun, jika ditelusuri keadaan umat Islam sepanjang 25 tahun sahaja hidup saya yang pendek ini, cukup untuk membuatkan airmata kita tidak sempat mengering. Kisah-kisah pembunuhan dan penindasan ahli keluarga kita di serata tempat, seluruh pelosok dunia yang bagaikan ‘sudah terang lagi bersuluh’. Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Pattani, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Iraq, Palestin, Uzbekistan, China dan… sungguh senarai ini masih panjang.

Oh…Kenapa orang-orang semua nak bunuh kita ???

Kita semua belajar cerita Abrahah masa Sirah darjah 1, kisah tentera bergajah diketuai oleh Abrahah itu, yang mahu menghancurkan Kaabah. Kemudian Allah mengutuskan burung-burung Ababil yang mencampakkan batu-batuan panas untuk melenyapkan angkatan jahat itu dari muka bumi!

Tapi …
kenapa dunia kita jadi begini sekarang?Oh di manakah burung-burung Ababil itu?Kenapa Ababil tidak datang menghancurkan tentera Serbia semasa penyembelihan ratusan ribu umat Islam Bosnia?Kenapa laut tidak menenggelamkan kapal perang Perancis dan Amerika yang menyerang sepertimana ia pernah menenggelamkan batalion tentera Firaun?

Namun …
Yang kelihatan cumalah umat Islam terus-terusan dibantai dan dianiaya. Satu-persatu. Dari satu negara ke satu negara. Ia seperti wabak yang lebih dahsyat dari H1N1, umpama penyakit yang tiada sembuh-sembuhnya, merebak tiada hentinya. Ini mimpi ngeri yang sangat panjang. Kita dikerumuni musuh dari segenap penjuru – dari luar, bahkan dari dalam juga, termasuk dari kalangan orang yang mengaku Islam. Kita seperti menjerit dan bertanya-tanya dalam ketakutan..

di manakah pertolongan Allah ?!

Saudara-saudara seiman yang saya cintai dan muliakan, wahai umat Nabi Muhammad!
Kita teliti semula firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw:
“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

Sesiapa yang di dalam hatinya sudah jelik dan jijik dengan kerosakan dunia hari ini, merindukan kembalinya kebenaran, mengangankan kesejahteraan dunia ini dalam cahaya Islam, maka dia mesti memahami ayat di atas! Di dalam ayat ini, yang ditujukan kepada kita umat Rasul terakhir,tertulis satu rahsia besar,satu sunnatullah, satu syariat, untuk kita menang.

Berdasarkan firman Allah tersebut, jika dan HANYA jika kita
‘menolong agama Allah’
terlebih dahulu(dgn berusaha habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati),
barulah
‘nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’

Kenapa begitu?
Kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang layak sahaja. Ertinya, kalau Islam tak menang-menang jugak di dunia pada hari ini, itu maksudnya kita yang memang belum layak untuk menang. Belum layak untuk dapat pertolongan Allah. Belum cukup beriman. Belum cukup berusaha. Belum cukup berjuang. Itu sifirnya. Kalau kita hanya mahu goyang kaki, relax selalu, main game, tengok cerita korea, afundi AF, dan tidak kisah serta tidak mahu fikir apa-apa hal Islam, usahlah mengimpikan ‘burung Ababil’ akan turun selamatkan kita.

Saya memerhatikan ada satu penyakit yang dihidapi oleh sebahagian kawan-kawan seislam, iaitu suka tengok sesetengah negara kena bencana. Apabila menara WTC roboh pada 11 September, ada sesetengah umat Islam bergembira dan menyebut,

“Padan muka US! Jahat sangat.”

Mereka seolah-olah menunggu-nunggu Allah menurunkan keajaiban, mengirimkan malapetaka untuk menghancurkan pihak-pihak yang menjadi musuh Islam. Mereka mengharapkan tentera Israel mati dipanah petir di Palestin, atau taufan tornado tiba-tiba datang menghancurkan kereta kebal Amerika di Iraq. Mereka ini sayang Islam, menyesal dengan apa yang berlaku, memandang dengan kesedihan, tetapi tidak berbuat apa-apa, lantas berdoa, “Semoga Allah menurunkan kejadian luar biasa!”. Seolah-olah menginginkan ‘burung-burung Ababil’ turun sekali lagi.

Ketahuilah!Burung-burung Ababil TIDAK akan turun. Penantian seperti itu adalah tidak berguna dan sia-sia! Usah bermimpi dan berangan. Pertolongan Allah tidak akan datang kecuali dengan usaha dan perjuangan. Kita dilanda masalah umat Islam keseluruhan yang dahsyat. Tidak ada jalan pintas menyelesaikannya. Tidak ada jalan mudah seperti rundingan apa-apa, atau berpilihanraya sahaja, atau menunggu keajaiban berlaku.

Diagnosis penyakit orang Islam hari ini adalah tidak faham Islam itu sendiri, tidak tahu ‘apa ertinya saya menganut Islam’, pemikiran sudah bercampur-aduk dan keliru. Maka ubatnya, satu-satunya solusi konkrit yang kita ada, ialah untuk membina semula jatidiri muslim itu. Segalanya mesti bermula dengan kembali memahami Islam, kembali mengamalkan Islam, jauhi dosa dan mementingkan ketaatan kepada Allah, oleh semua orang, tanpa mengira usia, lokasi, pangkat dan masa, dalam semua aspek hidup. Tanpa terkecuali. Usaha ini nampak kecil, tidak gempak, tetapi hakikatnya ia adalah nadi. Inilah titik mula perjuangan itu. The first and the most important step.

Kawan-kawan yang saya kasihi dan muliakan,
Dipersilakan memilih untuk menjadi Peserta atau Penonton dalam hal ini.
Kepada yang memilih menjadi peserta…
Selamat melangkah, jangan lemah semangat dan jangan berhenti.
Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya :

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

rujukan: Al-Quran, Riyadhus Solihin, Bukan Zaman Abrahah oleh Dr Raghib as-Sirjani)

Wednesday, August 24, 2011

Diam-Diam Maksiat



بسم الله الرحمن الرحيم


Rasulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Niscaya aku akan melihat beberapa kaum dari umatku datang pada hari kiamat dengan kebaikan laksana gunung-gunung Tihamah yang putih, kemudian ALLAH Azza wa Jalla menjadikannya debu yang beterbangan".
Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullaah, jelaskanlah sifat mereka kepada kami, agar kami tidak menjadi bagian dari mereka sementara kami tidak tahu,"
Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Ketahuilah, mereka adalah saudara kalian, satu bangsa, dan bangun malam sebagaimana kalian. Tapi jika mereka menyendiri dengan larangan-larangan ALLAH, mereka melanggarnya"
(HR. Ibnu Majah)

Seseorang mungkin menjauh dari dosa dan maksiat saat berada di hadapan dan dilihat orang lain.
Tetapi jika ia menyendiri dan terlepas dari pandangan manusia, ia pun melepaskan tali kekang nafsunya, merangkul dosa dan memeluk kemungkaran.

ALLAH berfirman:
"Dan cukuplah Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-hamba-Nya".
(Qs. 17: 17)

"Dan ALLAH sekali-kali tidak lengah dari apa yang kalian kerjakan".
(Qs. 2: 74)

Bahkan jika ingin berbuat dosa dan ada seorang anak kecil di hadapannya, ia akan meninggalkan dosa itu.
Dengan demikian, rasa malunya kepada anak kecil lebih besar daripada rasa malunya kepada ALLAH.

Andai saat itu ia mengingat firman ALLAH:
"Tidakkah mereka mengetahui bahwa ALLAH mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka tampakkan?"
(Qs. 2: 77)

"Tidakkah mereka tahu bahwasanya ALLAH mengetahui rahasia dan bisikan mereka, dan bahwasanya ALLAH amat mengetahui segala yang ghaib?"
(Qs. 9: 78)

Sungguh celaka wahai saudaraku! Jika keberanianmu berbuat maksiat adalah karena meyakini bahwa ALLAH Azza wa Jalla tidak melihat, maka alangkah besar kekufuranmu. Dan jika kamu mengetahui bahwa ALLAH mengetahuinya, maka alangkah parah keburukanmu, dan alangkah sedikit rasa malumu!

ALLAH berfirman:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari ALLAH, padahal ALLAH mengetahui mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang ALLAH tidak ridhai. Dan adalah ALLAH Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan".
(Qs. 4: 108)

Qatadah berpesan:
"Wahai anak Adam, demi ALLAH, ada saksi-saksi yang tidak diragukan di tubuhmu, maka waspadailah mereka. Takutlah kepada ALLAH dalam keadaan tersembunyi maupun nampak, karena sesungguhnya tidak ada yang tersembunyi dari-Nya. Bagi-Nya, kegelapan adalah cahaya, dan yang tersembunyi sama saja dengan yang nampak. Sehingga, barang siapa yang bisa meninggal dalam keadaan husnuzhan (berbaik sangka) kepada ALLAH, hendaklah ia melakukannya, dan tidak ada kekuatan kecuali dengan izin ALLAH.
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 3/368)

ALLAH berfirman:
"Kalian sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulit kalian terhadap kalian, tetapi kalian mengira bahwa ALLAH tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kalian kerjakan. Dan yang demikian itu adalah prasangka kalian yang telah kalian sangka terhadap Rabb kalian, prasangka itu telah membinasakan kalian, maka jadilah kalian termasuk orang-orang yang merugi".
(Qs. 41: 22-23)

Ibnul-A'rabi berkata:
"Orang yang paling merugi, ialah yang menunjukkan amal-amal shalihnya kepada manusia dan menunjukkan keburukannya kepada ALLAH yang lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
(Syu'abul-Iman lil-Baihaqi, 5/368 no. 6987)

ALLAH berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya".
(Qs. 50: 16)

========================================

Hendaklah seorang hamba takut kepada ALLAH dalam keadaan tersembunyi maupun nampak, serta lahir dan batin, karena kebanyakan orang takut kepada ALLAH hanya dalam keadaan terlihat saja. Namun yang penting adalah takut kepada ALLAH saat tersembunyi dari pandangan manusia, dan ALLAH telah memuji orang yang takut kepada-Nya dalam kondisi demikian.

ALLAH berfirman:
"Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Rabb Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia".
(Qs. 36: 11)

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka dalam keadaan tersembunyi akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar".
(Qs. 67: 12)

"Dan didekatkanlah surga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada ALLAH) lagi memelihara (peraturan-peraturan-Nya). (Yaitu) orang yang takut kepada Rabb Yang Maha Pemurah dalam keadaan tersembunyi dan dia datang dengan hati yang bertobat. Masukilah surga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan Kami memiliki tambahannya".
(Qs. 50: 31-35)

Sulaiman at-Taimi berkata:
"Sungguh seseorang melakukan dosa dalam ketersembunyiannya, maka iapun terjatuh ke dalam lubang kehinaan"
(Lihat Jami'ul-'Ulum wal-Hikam, 1/163)

Sebagian lagi mengatakan:
"Orang yang takut bukanlah orang yang menangis dan 'memeras' kedua matanya, tetapi ia adalah orang yang meninggalkan hal haram yang ia sukai saat ia mampu melakukannya"
(Lihat Mukhtashar Minhajil-Qashidin, 4/63)

Di antara hal paling ajaib mengenai hal ini adalah kisah yang diriwayatkan dari Abu Ja'far as-Saih:
"Habib Abu Muhammad adalah seorang saudagar yang meminjamkan uang dengan bunga. Suatu hari, ia melewati sekumpulan anak kecil yang sedang bermain. Merekapun berbisik di antara mereka: 'Pemakan riba datang,' Habibpun menundukkan kepalanya dan berkata: 'Ya Rabb, Engkau telah sebarkan rahasiaku pada anak-anak kecil,' lalu ia pulang dan mengumpulkan seluruh hartanya. Ia berkata: 'Ya Rabb, aku laksana tawanan. Sungguh aku telah membeli diriku dari-Mu dengan harta ini, maka bebaskanlah aku'. Esok paginya, ia sedekahkan seluruh harta itu dan mulai menyibukkan diri dengan ibadah. Suatu hari ia melewati kumpulan anak kecil. Ketika melihatnya, mereka berseru di antara mereka: 'Diamlah! Habib si ahli ibadah datang,' Habibpun menangis dan berkata: "Ya Rabb, Engkau sekali mencela, sekali memuji, dan semua itu dari-Mu'."

Sufyan ats-Tsauri berpesan:
"Jika engkau takut kepada ALLAH, Dia akan menjaga dirimu dari manusia. Tetapi jika engkau takut kepada manusia, mereka tidak akan bisa melindungimu dari ALLAH."
(Diriwayatkan juga dari 'Aisyah dalam wasiat beliau kepada Mu'awiyyah Radhiyallahu 'anhu. Lihat Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, 8/32)


Semoga bermanfaat
Barakallaahu fiykum

Tips Meningkat Daya Ingatan



Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa dimana kali terakhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta-fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat menigkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.Antaranya ialah:

Amalkan tidur yang cukup1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal TekananTekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan.Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan seimbang atau rujuk dulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam.bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan kemurunganKemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam kedaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi pengambilan ubatDaya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar sesuatu yang baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

PermainanBermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, Catur, scrabble (sahibba) dan monopili. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak membaca Jadikan amalan membaca sabagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung didalam bahan bacaan.

Katakan berulang kaliUntuk mengingati ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Bermain dengan angka Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon raan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat sehari. Membaca Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

60 Petua Mendapat Pasangan



Bismillah..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Sekadar Berkongsi..Moga kita mendapat manfaat darinya..Insya Allah..
Allahualam... A.M.A.N

Tuesday, August 23, 2011

Tanda-Tanda Ajal Semakin Dekat


Tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih
mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wanita Pertama Masuk Syurga



Suatu ketika, Siti fatimah bertanya kepada Rasulullah. Siapakah Perempuan yang kelak pertama kali masuk surga? Rasulullah menjawab:" Dia adalah seorang wanita yang bernama Muti'ah.

Siti Fatimah terkejut. Ternyata bukan dirinya, seperti yang dibayangkannya. Mengapa justru orang lain, padahal dia adalah putri Rasulullah sendiri? Maka timbullah keinginann Siti Fatimah untuk mengetahui siapakan gerangan perempuan itu? Dan apakah yang telah di perbuatnya hingga dia mendapat kehormatan yang begitu tinggi?

Setelah minta izin kepada suaminya, Ali Bin Abi Thalib, Siti Fatimah berangkat mencari rumah kediaman Muti'ah. Putranya yang masih kecil yang bernama Hasan diajak ikut serta.

Ketika tiba di rumah Muti'ah, Siti Fatimah mengetuk pintu seraya memberi salam, "Assalamu'alaikum...!"

"Wa'alaikumussalaam! Siapa di luar?" terdengar jawaban yang lemah lembut dari dalam rumah. Suaranya cerah dan merdu.

"Saya Fatimah, Putri Rasulullah," sahut Fatimah kembali.

"Alhamdulillah, alangkah bahagia saya hari ini Fatimah, putri Rasulullah, sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali jawaban dari dalam. Suara itu terdengar ceria dan semakin mendekat ke pintu.

"Sendirian, Fatimah," tanya seorang perempuan sebaya dengan Fatimah, Yaitu Muti'ah seraya membukakan pintu.

"Aku ditemani Hasan," jawab Fatimah.

"Aduh maaf ya," kata Muti'ah, suaranya terdengar menyesal. Saya belum mendapat izin dari suami saya untuk menerima tamu laki-laki."

"Tapi Hasan kan masih kecil?" jelas Fatimah.

"Meskipun kecil, Hasan adalah seorang laki-laki. Besok saja Anda datang lagi, ya? saya akan minta izin dulu kepada suami saya," kata Mutiah dengan menyesal.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala , Fatimah pamit dan kembali pulang.

Besoknya, Fatimah dating lagi ke rumah Muti’ah, kali ini ia ditemani oleh Hasan dan Husain. Beritga mereka mendatangi rumah Muti’ah. Setelah memberi salam dan dijawab gembira, masih dari dalam rumah Muti’ah bertanya:

"Kau masih ditemani oleh Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin." "Ha? Kenapa kematin tidak bilang? Yang dapat izin Cuma Hasan dan Husain belum. Terpaksa saya tidak bisa menerimanya juga," dengan perasaan menyesal, Muti’ah kai ini juga menolak.

Hari itu Fatimah gagal lagi untuk bertemu dengan Muti’ah. Dan keesokan harinya Fatimah kembali lagi, mereka disambut baik oleh perempuan itu dirumahnya.

Keadaan rumah Mutiah sangat sederhana, tak ada satupun perabot mewah yang menghiasi rumah itu. Namun, semuanya teratur rapi. Tempat tidur yang terbuat dengan kasar juga terlihat bersih, alasnya yang putih, dan baru dicuci. Bau dalam ruangan itu harum dan sangat segar, membuat orang betah tinggal di rumah.

Fatimah sangat kagum melihat suasana yang sangat menyenangkan itu, sehngga Hasan dan Husain yang biasanya tak begitu betah betah berada di rumah orang, kali ini nampak asik bermain-main.

“Maaf ya, saya tak bisa menemani Fatimah duduk dengan tenang, sebab saya harus menyiapkan makan buat suami saya,” kata Mutiah sambil mondar mandir dari dapur ke ruang tamu.

Mendekati tengah hari , masakan itu sudah siap semuanya, kemudian ditaruh di atas nampan. Mutiah mengambil cambuk, yang juga ditaruh di atas nampan.

“Suamimu bekerja dimana?” Tanya Fatimah

“Di ladang,” jawab Muti’ah.

“Pengembala?” Tanya Fatimah lagi.

“Bukan. Bercocok tanam.”

“Tapi, mengapa kau bawakan cambuk?”

“Oh, itu?” sahut Mutiah denga tersenyum.” Cambuk itu kusediakan untuk keperluan lan. Maksudnya begitni. Kalau suami saya sedang makan, lalu kutanyakan apakah masakan saya cocok atau tidak? Kalau dia mengatakan cocok, maka tak akan terjadi apa-apa. Tetapi kalau dia bilang tidak cocok, cambuk itu akan saya berikan kepadanya, agar punggung saya dicambuknya, sebab berarti saya tidak bias melayani suami dan menyenangkan hatinya.”

“Apakah itu kehendak suamimu?” Tanya Fatimah keheranan.

“Oh, bukan! Suami saya adalah seseorang yang penuh kasih sayang. Ini semua adalah kehendakku sendiri, agar aku jangan sampai menjadi istri yang durhaka kepada suami.”


Mendengar penjelasan itu, Fatimah menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian ia meminta diri, pamit pulang.

“Pantas kalau Muti’ah kelak menjadi seorang perempuan yang pertama kai masuk surga,” kata fatimah dalam hati, di tengah perjalannya pulang, “Dia sangat berbakti kepada suami dengan tulus. Perilaku kesetiaan semacam itu bukanlah lambang perbudadakan wanita oleh kaum lelaki, Tapi merupakan cermin bagi citra ketulusan dan pengorbanan kaum wanita yang harus dihargai dengan prilaku yang sama.” Dan Yang berikutnya adalah anda yang membaca note ini, insya Allah, Amien.

Cukur Janggut : Awas



1. Hukum memelihara janggut
2. Apakah benar Rasulullah s.a.w. memelihara janggut kerana tidak ada pisau cukur pada zaman itu?

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Sebelum kita melihat mengenai hukum janggut, adalah baik seandainya kita melihat serba ringkas mengenai sunah/mandub.

Definasi Iaitu sesuatu yang dituntut oleh syarak kepada mukallaf agar mengerjakannya dengan satu tuntutan yang tidak tegas.
* Mukallaf – orang layak diberi bebanan hukum syarak.
Atau dengan maksud lain, sunah/mandub ialah sesuatu yang diberi pahala kepada jika mengerjakannya dan tidak akan disiksa/dosa jika meninggalkannya.

Sunah ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Sunnah mua’kkadah
2. Sunnah ghairu mu’akkadah
3. Sunnah za’id

1. Sunnah mua’kkadah Iaitu perbuatan yang tidak akan disiksa/tidak berdosa jika meninggalkannya tetapi menerima celaan dari syarak. Contohnya ialah segala perbuatan penyempurna kewajipan agama seperti sembahyang berjamaah, azan dan iqamah. Begitu juga dengan segala perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan. Baginda jarang sekali meninggalkannya seperti berkumur-kumur ketika wudhuk, membaca surah selepas fatihah ketika sembahyang dll. Baginda ada sekali-sekala meninggalkannya kerana menunjukkan bahawa amalan itu bukannya wajib.

2. Sunnah ghairu mu’akkadah Iaitu perbuatan yang tidak akan disiksa/tidak berdosa jika meninggalkannya dan tidak akan menerima celaan dari syarak. Contohnya ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh nabi s.a.w. tidak secara berterusan. Baginda ada mengerjakannya sekali ataupun lebih, kemudian tidak dilakukannya. Seperti sembahyang sunah 4 rakaat sebelum Isyak dan segala perkara-perkara kebajikan seperti bersedekah kepada fakir miskin, berpuasa Isnin dan khamis setiap minggu dll.

3. Sunnah za’id Iaitu sebahagian dari kesempurnaan mukallaf, iaitu perkara-perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada adat sebagai manusia biasa.
Contohnya seperti mengikut cara Rasulullah s.a.w. makan, minum, berpakaian, tidur, gaya berjalan dsbnya. Semuanya itu dianggap sebagai perkara kesempurnaan dan kebaikan dari mukallaf. Kerana ia menunjukkan kasih, sayang dan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w.
Namun kepada mereka yang tidak mengerjakannya tidak akan mendapat dosa dan tidak akan menerima celaan dari syarak. Bagi yang melakukannya akan memperoleh pahala jika diniatkan mahu mengikut cara Rasulullah s.a.w.
---------------------------------
Memelihara janggut pada sunnah yang mana? Para ulamak berselisih pendapat mengenainya:

1. Sebahagian ulamak termasuk Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa memelihara janggut adalah wajib. Dalilnya: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR al-Bukhari)

Golongan ini berpendapat bahawa perintah Rasulullah s.a.w. di atas membawa maksud wajib.
Ini dikuatkan dengan perintah Nabi s.a.w. agar umat Islam hendaklah berbeza dengan orang-orang musyrik.
Juga terdapat sebuah hadis: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (HR Abu Daud).

2. Segolongan ulamak berpendapat (termasuk mazhab Syafi’I) bahawa memelihara janggut adalah sunat. Makruh mencukurnya. Dalilnya, hadis: “Sepuluh perkara fitrah, iaitu memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.” Kata Mus’ab: Aku lupa yang kesepuluh, melinkan ia adalah berkumur-kumur.” (HR Muslim)
Golongan ini berpendapat hadis ini menunjukkan bahawa memelihara janggut adalah sunat. Kerana apa yang disebutkan pada hadis di atas tidak semuanya wajib. Contohnya seperti bersugi, memasukkan air ke hidung dan memotong kuku – Ini adalah sunat sahaja.

Golongan ini menjawab hujah yang dikemukakan oleh golongan yang mengatakan bahawa janggut adalah wajib, kata mereka:
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR al-Bukhari)
Perintah dalam hadis ini tidak menunjukkan atas hukum wajib, tetapi sunat. Kenyataan hukum sunat ini diberi dalam arahan agar kita ini perlu berbeza dengan orang musyrik.

Bagaimana? Hadis di atas meminta kita memelihara janggut agar kelihatan berbeda dengan orang musyrik. Jika arahan ini membawa maksud wajib, maka sudah tentu mewarnakan rambut juga adalah wajib hukumnya. Kerana terdapat di dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mencelup (mewarna) rambutnya, maka berbezalah dengan mereka.” (HR jamaah)

Hadis ini sama nadanya dengan hadis janggut. Hadis mencelup rambut telah dipersetujui oleh para ulamak salaf sebagai sunat sahaja. Jadi, jika kita menganggap bahawa hadis janggut itu mengandungi arahan wajib, maka ini bermakna kita juga menganggap bahawa hadis mencelup rambut itu juga mengandungi arahan wajib.

Golongan ini berkata lagi, dari itu jelaslah bahawa mereka yang mengatakan janggut itu wajib tidak dapat diterima samasekali.
-------------
Mengenai hadis: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (HR Abu Daud).
Hadis ini melarang umatnya meniru orang-orang kafir dalam masalah akidah dan syariah.

-------------------
3. Segolongan ulamak dari kalangan ulamak hari ini mengatakan bahawa memelihara janggut adalah harus sahaja, tidak sunat dan tidak wajib. Tidak sunat di sini bermaksud ia tergolong di bawah sunah za’idah. Mereka beranggapan bahawa memelihara janggut adalah berkaitan dengan adat dan tradisi sahaja.

Golongan ini juga berhujah menggunakan hadis: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa memelihara janggut dan mencukur misai adalah sebagai adat dan tradisi sahaja. Ia bukan satu perintah wajib ataupun sunat. Kerana di dalam hadis berkenaan ada menyatakan illahnya (sebab hukum). Illah arahan memelihara janggut ialah agar tidak serupa dengan Yahudi, Kristian dll. yang ketika itu gemar memelihara misai dan mencukur janggut.

Jelaslah bahawa nabi memelihara janggut bukan bermaksud dijadikan sebagai pedoman hukum, tetapi semata-mata sebagai adat dan tradisi.

Di bawah pendapat ini, memelihara janggut dan mencukur misai termasuk di dalam sunat za’idah. Iaitu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. berdasarkan adat kebiasaan baginda sebagai seorang manusia. Seperti makan, minum, berpakaian dll. Beliau melakukannya bukanlah untuk memberi petunjuk hukum syarak tetapi atas dasar dia sebagai seorang manusia biasa. Sesiapa yang tidak melakukannya, tidak akan berdosa dan tidak akan dicela oleh syarak.
Mereka yang melakukannya dengan tujuan mengikut nabi s.a.w. akan diberi pahala. Ia adalah sebahagian dari kesempurnaan dan kebaikkan mukallaf. Ia menunjukkan kasih sayang dan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w.

-----------------------------------
Soal:Apakah benar Rasulullah s.a.w. memelihara janggut kerana tidak ada pisau cukur pada zaman itu?

Jawab:Ada pencukur tetapi hanya tidak seperti sekarang ini. Kerana hadis di atas membuktikan bahawa orang-orang dahulu juga melakukan cukur-mencukur seperti kita. Lihat, ketika itu orang Yahudi tabiatnya gemar mencukur janggut.
Pendapat bahawa nabi membela janggut kerana ketika itu tiada pencukur adalah satu pendapat yang tidak dapat diterima samasekali. Samada ia dikeluarkan oleh orang-orang yang dungu dan buta sejarah atau oleh mereka yang tahu semua itu tetapi bertujuan mahu memperlekehkan sunah Nabi s.a.w. Mereka ini, di dalam hatinya dipenuhi dengan dendam kesumat terhadap Islam dan syariatnya.

Berhati-hatilah terhadap neo-muktazilah... Bahaya mereka adalah kerana tidak dilabelkan dengan nama ini. Ramai yang jadi keliru. Jika GAH mampu menjebak hanya dari golongan yang memalingkan muka-muka mereka dari para ulamak Islam, tetapi neo-muktazilah ini mampu menjebak dari kalangan mereka yang berlatarbekangkan pendidikan agama.
Ungkapan mereka ini terhadap syariah Islam hanya berpandukan kepada akal sahaja. Mereka mengagungkan akal dengan mengenepikan wahyu Illahi.

Neo-Muktazilah akan menggembar-gemburkan kontekstual dengan mengenetepikan tekstual dalam penafsiran sumber-sumber hukum. Katanya, yang paling penting ialah `semangatnya’ al-Quran. Yang perlu ialah `nilai-nilai murni’ ajaran al-Quran dan Sunnah.

Hasilnya apa? Tidak perlu berhudud-hudud… Bagaimana ada ayat yang jelas di dalam al-Quran mengenainya?
Katanya, memang benar al-Quran ada mengatakan bahawa setiap penzina bujang perlu disebat 100 kali. Itu hanya tekstualnya sahaja. Kita kena lihat kontekstualnya. Kita perlu memperhatikan `semangatnya’. Kita hendaklah mengambil nilainya sahaja.


Katanya lagi, teksnya mengatakan penzina perlu dihukum sebat 100X, tetapi ia tidak semestinya begitu. Kerana apabila kita melihat disebalik teks yang kaku itu, terdapat satu pengajaran dan nilai, iaitu:
1. Berzina itu berdosa
2. Penzina itu perlu diberi pengajaran, tidak semestinya dengan sebat 100X sebagaimana di dalam teks. Ia boleh digantikan dengan apa-apa sahaja asal dapat memberi pengajaran.

Malah, neo-muktazilah ini menganggap, buat apa bertudung-tudung segala.. Ayat-ayat yang mewajibkan menutup aurat bagi wanita tidak dipandang pada teksnya sahaja tetapi diambil nilai murninya sahaja.

Malah, lebih dahsyat lagi ada yang mengatakan mengenai ibadah qurban.. Apa ini sembelih-sembelih binatang. Apa perlunya. Katanya, memang ada nash yang mengatakan ibadah qurban hendaklah dengan menyembelih binatang-binatang tertentu. Tetapi mengapa mesti berpegang kepada teks nash yang kaku itu. Ambil semangatnya, cedok nilainya.. Jadinya bagaimana ibadah qurban kita itu nanti?

Yah, apabila diambil nilainya sahaja tanpa memperdulikan teks… Gantikan saja lembu-lembu itu dengan wang! Berikan kepada faqir miskin. Mereka bukan memerlukan daging itu, tetapi wang untuk menaikkan tahap ekonomi mereka. Dahulu tidak mengapa, memang sesuainya fakir itu diberi daging tetapi tidak sekarang ini.

Lihat, agama ini dirosakkannya. Syariat ini mahu dirobek sekehendaknya sahaja.
Bacalah sejarah muktazilah.. Bukankah persis sekali dengan mereka ini, malah mereka lebih dahsyat lagi.
Mintalah Allah menjauhkan diri kita sejauh mungkin dari terjebak dengan manusia-manusia begini. Dan semoga Allah membuka hati-hati mereka kepada cahaya kebenaran dan keadilan syariat Islam.

---------------------------------
Memang benar, di atas terdapat tiga pendapat mengenai memelihara janggut. Apa sekalipun pendapat yang dipegangi, adalah tidak wajar dengan nada sinis memperlekeh pendapat yang dipegang oleh orang lain. Apatah lagi jika ia berbau menghina Nabi s.a.w.

Dan kebanyakkan kita di Malaysia, Singapura dan Indonesia rata-rata berpegang kepada janggut itu adalah sunat (lawan makruh), tetapi tidak wajar jika kita dengan sinis mempermain atau memperlekeh orang yang berpegang kepada pendapat mereka yang mengatakannya sebagai wajib. Adalah menjadi kewajipan kita menghormati apa yang dipegang oleh mereka dalam masalah furuk begini.

20 Perkara Jangan Dilakukan



Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar.

Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya

9 Pedang Rasulullah s.a.w



Assalamu'alaikum. Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat.

1. Al Ma’thur

Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Juga dikenal sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum dia menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.

2. Al ‘Adb



Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Al-’Adb, nama pedang ini, berarti “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar. Dia menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.

3. Dhu Al Faqar
Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badr. Dan dilaporkan bahwa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya.
Banyak sumber mengatakan bahwa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar





Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :
‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.

5. Hatf


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992)


Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahwa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun.
Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.
Dia menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdham


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Ada yang mengabarkan bahwa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada kabar lain bahwa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia pimpin di Syria. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. Al Rasub


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Ada yang mengatakan bahwa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.

8. Al Qadib


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Al-Qadib berbentuk blade tipis sehingga bisa dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika bepergian, tetapi tidak digunakan untuk peperangan. Ditulis di samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat: “Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”
Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahwa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit hewan yang dicelup.

9. Qal’a


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Pedang ini dikenal sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria atau tempat di dekat India Cina. Ulama negara lain bahwa kata “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih” yang di tambang berbagai lokasi. Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang melaporkan bahwa datuk Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika beliau menemukan air Zamzam di Makkah. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.”

Wallahu'alam. Barakallahufikum.

Kaya Dan Miskin Dalam Islam



Kaya dan miskin dalam Islam

Kemiskinan seringkali disinonimkan sebagai virus yang merosakkan masyarakat.

Memang benar, kemiskinan yang terbiar akan membiak menjadi barah tahap empat. Ia mampu merosakkan negara. Kerana itulah ia perlu dikawal.

Hari ini kita bahawa permasalahan mengenai mereka yang kaya. Jarang orang menyebut kaya itu penyakit. Apatah lagi mengumpamakannya seperti sel kanser yang kelak memusnahkan seseorang dan sesebuah masyarakat.

Walhal, dalam al-Quran, Allah SWT menyebut jelas, si kaya yang kedekut itu adalah suatu ejen perosak.

Perhatikan firman Allah SWT dalam paparan berikut: Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (al-Qasas: 78)

Qarun mendabik dada, enggan berkongsi harta dengan kaum Musa. Bukan sekadar itu, dia mencabar Allah SWT bila menafikan harta itu adalah amanah Allah SWT kepadanya.

Akhirnya, Allah membenam Qarun dan segala hartanya ke dalam bumi. Ia adalah suatu pembalasan, bahawa harta jika gagal ditunaikan haknya dengan amanah, akan membawa kebinasaan kepada diri sendiri bahkan masyarakat.

Allah SWT menambah: Maka Kami benamkanlah karun bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). (al-Qasas: 81)

Inilah kebinasaan akibat kedekut. Walhal, awal-awal lagi Allah SWT sudah mengingatkan bahawa: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77)

Dewasa ini, mungkin kita pernah terdengar, masih ada suara-suara sumbang manusia yang memperlekehkan sesetengah yang lain.

Misalnya, si pulan itu pemalas, si pulan itu bodoh, si pulan itu degil dan sebagainya, maka sebab itulah dia miskin dan papa kedana. Ungkapan ini selalunya diucapkan demi menjustifikasikan satu tindakan negatif sesetengah pihak yang kedekut. Kedekut untuk berkongsi.

Hakikatnya, kedekut itulah yang membutakan mata hati si Qarun.

Maka, hari ini sifat kikir itu jugalah yang mengikis sifat ihsan diri insan dan sifat bakhil itu jugalah yang mengunci mati pintu kebajikan.

Golongan ini, melihat orang yang daif dengan pandangan naif. Pandangan yang diselubungi elemen buruk sangka dan memualkan. Lalu, kesannya hanya satu - biarkan mereka tanpa dibela. Mereka tidak layak disantuni. Mereka adalah manusia jelik yang sengaja mencari alasan demi mencuri belas ihsan orang.

Soalnya, betulkah persepsi ini? Benarkah manusia yang melarat itu reda dengan kemelaratan yang menguasai diri mereka? Adakah mereka suka hidup dikelilingi kepayahan, tinggal di rumah buruk, sempit dan sesak, dikelilingi pula timbunan sampah-sarap dengan aroma memualkan.

Rezeki yang dikais pagi habis, dikais petang tidak pula cukup untuk esoknya.

Benarkah juga bahawa kemiskinan dan kepapaan itu menjadi alat buat mereka untuk menggamit secebis simpati manusia, meraih belas dan memaksa nurani orang lain agar memberi? Benarkah bahawa mereka selesa hidup dengan kondisi serba menjerat itu, reda untuk tidak mampu merasa makanan yang enak, tidur di katil yang empuk dan dibalut dingin penyaman udara? Tega benarkah mereka?