Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Thursday, August 18, 2011

Jenis-jenis Senyuman & Maksudnya



Rasulullah saw. bersabda:"Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a ,katanya:"Baginda Rasul saw. berkata kepadaku:"Janganlah kamu memandang remeh dengan kebaikan yang sedikit walaupun hanya dengan sekadar bermuka manis dan memberikan senyuman ,yakni apabila bertemu dengan saudara kamu seagama."(Riwayat Muslim)

Senyuman kini mempunyai perkemba...ngannya,senyum menjadi sangat berbeza-beza dengan nilai dan karakteristiknya masing-masing.Dari warna-warni senyuman itu dapat dibahagi dengan beberapa bahagian,seperti berikut:.

*Senyum Egois--Sebuah senyuman yang tidak bersahabat.Senyuman tersebut terbentuk dari perasaan dendam kesumat.Senyum ini dapat menyakitkan hati bagi orang yang melihatnya.

*Senyum Menggoda--Sebuah senyuman liar yang bertujuan untuk memperdayai lelaki/perempuan untuk memperdayai,sesuatu yang dapat menjerumus kedalam jurang maksiat.

*Senyum Ketabahan--Sebuah senyuman yang muncul dari orang-orang perkasa dan jantan.Peribadi yang mampu menghadapi pelbagai musibah dengan tabah,tanpa keluh kesah.Senyum ini akan dirasakan oleh orang-orang yang merasa dekat dengan Allah.

*Senyum Berwibawa--Sebuah senyuman yang menghiasi bibir orang-orang yang berwibawa dan mempunyai kekuatan dalam hidupnya.Biasanya mereka pernah melalui musibah yang berat kemudian berjaya.Sehingga masalah yang berat dapat diatasi.

*Senyum Ketulusan--Sebuah senyuman yang datang dari relung hati yang paling dalam,muncul untuk membahagiakan,menghormati dan memuliakan orang lain,senyuman ini terbit selari dengan hati.

5 Pandangan yang Bernas !!:

Kasih Karisma said...

sy ambil post nie ek...to my blog...^^

Nick said...

owkey makcik =)

Kasih Karisma said...

terima ksh pakcik...^^

Salyana Rusli said...

entry yg menarik serta dendangan selawat yg menenangkan rohani. :)

Nick said...

Terima kaseh Salyana .. Tetapi ni smua atas ihsan kawan2 lain bagi share diorang punya Note =)