Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Friday, August 19, 2011

Keburukan Kenyang



Kenyang adalah satu perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri kita. Sebab itulah berpuasa dapat mendatangkan kebaikan kepada diri kita. Antara beberapa keburukan yang datang dari perut yang kenyang adalah:

1) Perut yang kenyang akan memalingkan hati manusia daripada perasaan takutkan Allah. Ini kerana apabila nafsu dalam diri mereka telah dipenuhi dengan kenyang. Maka perasaan takut kepada Allah akan hilang dalam diri. Seseorang itu tidak lagi merasa takut untuk melakukan dosa-dosa semasa mereka sedang kenyang.

2) Memalingkan rasa belas kasihan terhadap orang lain kerana hati orang yang kenyang akan menyangka dan merasa bahwa semua orang adalah kenyang sepertinya. Semasa berada dalam keadaan kenyang seseorang itu akan lupa kepada orang lain yang sedang berada dalam kelaparan. Apa yang mereka fikirkan hanyalah kenyang dan orang lain juga sedang kenyang sepertinya.

3) Menjadikan diri berat untuk taatkan perintah Allah. Contoh mudah yang berlaku pada bulan Ramadhan adalah orang makan dengan terlalu banyak dan terlalu kenyang akan merasa malas untuk melakukan ibadah solat terawih pada malam harinya. Ini kerana perut yang kenyang akan membuatkan mereka malas untuk melakukan ibadat kepada Allah.

4) Hati begitu berat atau sukar tunduk mengakui kata-kata yg benar. Biasanya orang yang sedang kenyang akan berat hatinya untuk mendengar nasihat dari orang lain. Apabila mereka melakukan kesalahan dan dinasihati oleh orang lain maka mereka berat untuk menerima nasihat dan teguran baik yang diberikan kepada diri mereka.

5) Kebanyakan penyakit dalam diri kita kebanyakannya datang dari apa yang kita makan. Salah satu keburukan makan terlalu kenyang adalah ia akan membawa kepada banyak penyakit. Ini kerana apa yang masuk dalam perut kita akan membawa kepada banyak penyakit jika permakanan kita tidak dijaga dengan baik.

Apa yang penting adalah bersederhana dalam permakanan kita seharian terutamanya dalam bulan puasa ni. Bulan puasa inilah masa untuk kita mendidik diri kita supaya tidak makan dengan banyak dan terlalu kenyang. Bulan puasa jugalah untuk kita belajar bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah.

Sumber : Oh Islam
Reactions:

0 Pandangan yang Bernas !!: