Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Thursday, August 18, 2011

Khusyukkan Solat Mu



Ungkapan SOLAT ITU TIANG AGAMA selalu kita dengari.. tetapi, bukan semua org menghayati maksud nya... sila lah HAYATI ...

Solat ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
solat tidak khusyuk : solat tetapi lalai atau memikirkan bende yang lain..

solat tergantung : solat tetapi kadang kadang terfikir tentang benda yang lain dan kadang kadang juga terfikir tentang Allah...

solat dengan khusyuk : solat yang langsung tidak memikirkan tentang hal duniawi tetapi mengingati Allah dengan sepenuh hatinya...

kebanyakkan daripada kita SUSAH untuk mendapat serta merasai
SOLAT DENGAN KHUSYUK...
Allah berikan setiap manusia satu kelebihan iaitu imaginasi sejak kecil lagi...
Gunakan imaginasi itu dengan betul untuk mendapatkan solat yang khusyuk..


GUNAKAN IMAGINASI ITU DENGAN SEBAIKNYA iaitu dengan:
Membayangkan bahawa Allah sedang memerhatikan setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan. kalau rasa susah sangat, bayangkan kebesaran Allah.

Bayangkan kaabah berada dihadapan.. ini kerana, jika kita menunaikan haji atau umrah, kita akan menghargai setiap solat kita.. lebih lebih lagi jika kita dapat solat di hadapan kaabah. kita akan dapat merasai kebesaran Allah.. jika sekadar dapat membayangi pon sudah mencukupi..

Bayangkan di belakang kita malaikat izrail sedang menunggu untuk mencabut nyawa kita.. ingatlah, jika masanya sudah tiba untuk kita berjumpa dengan Allah, tidak akan tercepat sesaat, dan tidak akan terlewat walaupon sesaat.. Ingat lah, masa yang paling hampir dengan kita ialah kematian..

Fikiran kita pula mengingati dosa dosa lalu diikuti dengan rasa kekesalan, manakala,,, hati kita pula sentiasa memikirkan untuk bertaubat...

Membayangi Taman Syurga disebelah kanan kita,



Membayangi Neraka pula di sebelah kiri,



Juga membayangi bahawa kita sedang berdiri di atas Siratul Mustaqim (titian sirat)

Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh (1/7 lebarnya) dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Bila sedang bersujud, rasailah sujud mu seperti sedang bersujud di Taman Syurga

rasailah kenikmatan, ketenangan serta kebesaran Allah ketika sedang bersolat terutamanya ketika bersujud..
ini kerana, ketika bersujud, ia bermaksud bahawa kita mengakui bahawa kita Bersujud kepada Allah, tuhan yang maha esa.. masa sujudlah masa yang paling sesuai untuk kita memohon segala permintaan atau hajat daripada Allah..


Akhir sekali, ketika sedang mengucap Syahadah, hayatilah maksudnya

kerana itu lah yang membuktikan bahawa kita ini adalah orang Islam yang satu satu nya agama yang benar..

_________________________________________________________________

::KEPADA SESIAPA YANG SUKA BERQIAMULLAIL ATAU BANGUN PADA 1/3 MALAM TERAKHIR::

tambahkan ini dalam solat sunat mu ketika sedang berqiamullail...

solat dalam keadaan gelap gelita,

yang hanya bertemankan sebatang lilin sebagai cahaya yang akan terpadam sedikit demi sedikit

kerana mengingati bahawa KUBUR ANDA LEBIH GELAP GELITA JIKA TIADA KEIMANAN...

biar menitis selautan air mata kerana megenangkan dosa dosa...


usah malu untuk menangis, kerana yang melihat.. HANYA LAH ALLAH SUBHANA WATA'ALA..

biar sujud berjam jam,


selagi kita boleh mengejar masa untuk akhirat..

ingatlah, MASA TIDAK AKAN MENUNGGU KITA... JIKA KITA SUDAH PERGI BUAT SELAMANYA,, TIDAK AKAN ADA MASA LAGI UNTUK KITA MENYESAL.. DI AKHIRAT, JAWABLAH SENDIRI...


* Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahualam... Assalamualaikum.. semoga bermanfaat


::[anda disunatkan share, semoga anda dan semua orang yang membaca ini mendapat keredhaan Allah]::
INSYA ALLAH
Reactions:

0 Pandangan yang Bernas !!: