Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Wednesday, August 17, 2011

Pemaaf Ubat Ketenangan





Renungan hari ini , kita akan merasa tenang apabila dapat memaafkan orang lain, seperti yang berlaku pada Umar B, Ab Aziz r.a, Mujaddid Pertama dalam Islam.

Beliau meminta daripada khadamnya agar membawa air minuman. Tiba-tiba air yang dibawa telah tertumpah ke atas Umar, menyebabkan basah, Beliau merasa marah. Lalu..

Didamaikan bila khadam itu membacakan ayat ke 134 Surah Ali Imran, Yang bermaksud .. " dan orang yang menahan marahnya ".. Umar bertanya kepadanya, kemudian katakan lagi ! dia membaca rangkap seterusnya, dalam ayat sama .. " dan orang yang memaafkan ". Umar bertanya kepadanya lagi , Kemudian ? Dia jawab rangkap berikutnya, Dan Allah amat menyayangi orang yang bersifat Ihsan. Umar berkata "kamu dibebaskan !".

Lihat peribadi unggul ini bersikap pemaaf walaupun dia layak mengambil tindakan kepada hambanya itu, akan tetapi dia lebih senang beramal dengan panduan Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : Bukanlah kekuatan dikira dengan kekuatan, tapi apabila dia mampu bertahan waktu ianya Marah ! "
Reactions:

0 Pandangan yang Bernas !!: