Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Friday, August 19, 2011

Cintailah al-Quran Agar Hidupmu Tenang



Seorang muslim tua d Amerika bertahan hidup di suatu ladang di kawasan pergunungan sebelah timur negara tersebut iaitu di bahagian Kentucky denga cucu lelakinya yang masih muda.Setiap pagi lelaki tua itu bangun lebih awal dan membaca al-Quran di meja makan di dapurnya.Cucu lelakinya ingin sekali menjadi seperti datuknya itu dan cuba untuk menirunya dalam cara apapun semampunya.

Suatu hari cucunya bertanya,
"datuk!aku cuba untuk membaca AL-Quran seperti yg engkau lakukan tetapi aku tidak memahaminya,dan apa yang aku fahami aku aku lupakan secepat aku menutup buku.Apakah kebaikan dari membaca AL-Quran?"

dengan tenang orang tua itu meletakkan arang batu di dasar bakul,memutar sambil membuat lubang pada bakul tersebut sambil menjawab,
"bawa bakul arang batu ini ke sungai dan bawa ke mari semula dengan di penuhi air"

Maka cucnya itu melakukan seperti yang diperintahkan datuknya,tetapi semua air habis menitis sebelum tiba di depan rumahnya.Lelaki tua itu tertawa dan berkata,
"Lain kali kamu harus melakukannya dengan lebih cepat lagi".

Maka dia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan bakul tersebut untuk dicuba lagi.Cucunya berlari lebih cepat,tetapi tetap gagal.Bakulnya tetap kosong sebelum dia tiba di depan rumah.Dengan termengah-mengah,dia berkata kepada datuknya bahawa mustahil membawa air dari sungai dengan bakul yang sudah bocor.Maka cucunya mengambil baldi sebagai gantinya.Lelaki tua itu lalu berkata,
"aku tidak mahu baldi itu;aku hanya mahu bakul arang batu iu.Ayuhlah,usaha kamu masih belum mencukupi."

Maka lelaki tua itu pergi keluar pintu untuk mengamati ysaha cucu lelakinya itu.Cucunya yakin bahawa perkara itu mustahil untuk dilakukan tetapi dia tetap ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa sekalipun dia berlari secepat-cepatnya.air tetap akan bocor dan akan keluar sebelum dia sampai ke rumah.

sekali lagi si cucu mengambil air di dalam sungai dan berlari sekuat tenaga menghampiri datuknya,akan tetapi ketika dia sampai di depan datuknya,bkul tersebut sudah kosong lagi.sambil termengah-mengah dia berkata,

"lihat tok,sia-sia sahaja!"
"Jadi kamu fikir ia suatu yang sia-sia?"
tanya lelaki tua itu sebaik mendengar kata-kata cucunya.Lelaki tua itu berkata lagi,
"Lihatlah bakulnya."

Si cucu menurut,lalu dia melihat ke dalam bakulnya dan untuk oertama kalinya dia melihat ke dalam bakulnya dan pertama kalinya dia mnyedari bahawa bakul itu sekarang berbeza.Bakul itu telah berubah dari keranjang arang batu yang kotor menjadi keranjang yang bersih luar dan dalamnya.
"cucuku,perkara seperti itulah yang terjadi ketika kamu membaca al-Quran.Kamu tidak dapat memahami atau ingat segalanya,tetapi ketika kamu membacanya lagi,kamu akan berubah,luar dalam.Itu adalah kurniaan ALLAH dalam hidup kita"

sedikit perkongsian cerita drpd buku : I love Quran and you? cintailah Quran agar hdupmu tenang
pengarang:Rizal abdur rahman..


subahanallah..ceritanye mcm biasa jah tapi msjnye berguna sgt untuk kita bersama...bacalah ayat al Quran walaupn sepatah...insyaALLAH x rugi...dgn membaca ayat2 suci nie insyaALLAH ati kita pn akn tng..membaca al-Quran kalo mngetahui makna itu sbenarnye lbih baik kn..insyaALLAH..marilah sama2 kita cbe beramal sbaik yg mungkin ya..^_^
Reactions:

0 Pandangan yang Bernas !!: