Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Tuesday, August 16, 2011

Tips Makan Sahur Yang Sihat



  • Konsumsilah makanan yang perlu dicerna dalam jangka waktu lama dibandingkan menikmati makanan yang cepat dicerna. Makanan yang dicerna dalam jangka waktu lama atau sekitar 8 jam pencernaan diantaranya adalah karbohidrat kompleks (gandum, beras merah).Sedangkan makanan yang cepat dicerna (3-4 jam) dan sebaiknya dihindari adalah makanan yang mengandungi banyak gula dan karbohidrat sederhana.

  • Perbanyakkan makan sayuran kerana sayuran mengandungi serat yang cukup lama dicerna sehingga menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama

  • Tingkatkan pengambilan cairan dalam jumlah cukup (3-4 gelas air)

  • Jangan minum minuman yang mengandungi kafein kerana ia bersifat diuretik dan dapat menimbulkan keluhan sakit kepala akibat dari efek adiksi

  • Makan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin dan mineral

  • Hindari makanan yang digoreng (deep fried) kerana ia boleh menimbulkan keluhan kesihatan seperti mual, kembung dan peningkatan berat badan

  • Konsumsilah makanan dan minuman dalam jumlah cukup dan seimbang

  • Beribadah dan solat selepas sahur
Sumber : Zaharuddin.net

0 Pandangan yang Bernas !!: