Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Thursday, August 25, 2011

Ubati Kesedihanmu



Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih.

Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Al-Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.

Kisah satu

Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang.

Kisah dua

Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.

Kisah tiga

Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.

Kisah empat

Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.

Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.

Ustaz Amin

ayu zamani: Bila kesedihan, bacalah Al-Quran, nescaya tenang hati, tenteram fikiran, lalu jalan yang kelam ternampak terang..
Reactions:

0 Pandangan yang Bernas !!: