Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Friday, September 30, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?



Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… 

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Keadaan Ketika Nazak


NAZAK... SAAT HAMPIR MENINGGAL DUNIA
Dalam konteks ajaran Islam, saat kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai kematian, sesuai dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Thursday, September 29, 2011

Bagaimana Rasulullah Mengubati Penyakit Masyarakat


Sudah menjadi fitrah manusia itu ia ingin hidup aman damai. Begitu juga fitrah manusia itu, dia tidak mahu berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat.

Cara Bertaubat Dengan Betul


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT bererti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Perkataan ""SALAM""


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. 

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Mari Kenali Kecelaan Diri


Akhlak dalam Islam, lahir dari hati yang beriman. Ia sebati dengan diri seseorang dan menjadi pakaian hidupnya. Ianya kekal dan berterusan sepanjang hayat sama ada ketika susah atau senang, ketika di tengah ramai atau perseorangan, ketika dalam kelapangan atau kesempitan, ketika aman atau dharurat, ia tetap berakhlak di mana saja dan pada bila-bila masa sekalipun.

Bagaimana Mengatasi Kezaliman


Ingatan dari Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz itu mengandungi maksud bahawa tiada jaminan keadilan bagi mereka yang tidak mempedulikan Tuhan, agama dan akhirat. Kerana itu diperingatkan kepada para gabenor itu, agar ingat kuasa Allah jika terasa ingin menzalimi manusia.

Gabenor yang dilantik Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz itu, pastilah orang-orang yang layak untuk jadi pemimpin, dan mereka itu dipilih berdasarkan  taqwa. Dalam keadaan begitupun, masih dibimbangi Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz, kalau-kalau mereka terbuat zalim kepada rakyat, dari kerana kuasa yang diberi ke tangan mereka.

Tujuh Tingkatan Nafsu: Di Mana Kita?



Mari kita belajar tentang nafsu. Jika tidak belajar tidak mungkin kita tahu. Jika kita tidak kenal nafsu, bagaimana kiita dapat menghadapinya. Mana mungkin hendak didik nafsu jika nafsu yang hendak dididik itu tidak dikenali. Bukan oleh main agak-agak saja, habis kena tipu nanti oleh nafsu yang jahat dan pandai menipu.

Ingat Lima Sebelum Lima



Rasulullah ﷺ bersabda,


 اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَصِحَّتِكَ قَبْلَسَقَمِكَ وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَفَرَاغِكَ قَبْلَ شُغْلِكَ وَحَيَاتِكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
(رَوَاهُ الحاكمُ وصَحَّحَه)

"Pergunakanlah kesempatan lima perkara sebelum datangnya lima perkara: "Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati." (Al-Hakim)

Inilah Sebabnya Rasulullah s.a.w Sukakan Kucing




Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Rahsia Senyum Rasulullah s.a.w

Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw. Sisi kebesaran itu kelihatan dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap kesempatan.


Azab Dunia Untuk Isteri Curang Dan Derhaka

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

Kisah Seksaan Kubur Terhadap Perempuan Bakhil


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya di sorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan ditanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

Kehebatan Doa Ibu & Bapa Kepada Anak-Anak


Rahsia Ibubapa Berdoa
Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran

Bila Malaikat Mencabut Nyawa


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnyamelalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh daridadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."Sambung 


Wednesday, September 28, 2011

7 Rombongan Iblis Di Saat Sakaratul Maut




Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dariterjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. 

Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh. 

Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

15 Perkara Yang Dilakukan Bakal Mengundang Bala



Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Golongan Yang Berada Di Bawah Naungan Allah s.w.t



Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tujuh golongan akan dipayungi oleh Allah S.W.T. di bawah payungNya pada hari yang tiada payungan melainkan payungNya:

1. Pemerintah yang adil.

2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa teringat masjid.

4. Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu kerana Nya dan berpisah keranaNya.

5. Pemuda yang diajak (melakukan zina) oleh perempuan yang mempunyai pangkat dan jelita, lalu lelaki itu berkata sesungguhnya aku takut kepada Allah S.W.T.

6. Lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyikannya kerana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

7. Lelaki yang berzikir kepada Allah S.W.T. secara bersendirian lalu basah matanya.

(Daripada Abi Hurairah r.a.)

ALLAH S.W.T. TIDAK AKAN MENERIMA IBADAH YANG TIDAK IKHLAS



Riyaa' ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji dilihat orang.
Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata: 

"Tanda orang yang riyaa' itu ada empat yakni malas jika bersendirian, dan tangkas jika dimuka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: 

Allah S.W.T. telah berfirman:

" Akulah yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah S.W.T. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah S.W.T. Maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya. Bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam.

Abdullah bin Almubarak meriwayatkan dari Abu Bakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai kehadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaKu, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaKu ini tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin."

Hukum Muzik Dalam Islam



Hukum muzik dalam Islam 

Hukum muzik dalam Islam ialah bergantung kepada keadaaan muzik itu dimainkan, alatan muzik yang terlibat dan tujuannya. di bawah ini di sertakan petikan pendapat ulama-ulama mengenainya. 

HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI 

Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung. 

Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa. 

(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)

*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat. 

l-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus. 

Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut. 

Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka. 

Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan. 

*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering. 

Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir ’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’. 

(Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96) 

*Kesimpulan- Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir juga sependapat dengan Al Ghazali. 

IMAM ASY-SYAUKANI 

Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola. 

(Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103) 

*Kesimpulan- jelas boleh menyanyi, menggunakan alat-alat muzik bertali sperti gitar dan biola selagi tidak bercampur maksiat. 

IMAM AL-HARAMAIN, ABDULLAH BIN ZUBAIR & ABDULLAH BIN UMAR 

Imam Al-Haramain dalam kitabnya, An-Nihayah dan Ibnu Abi Ad-Dunya yang menukil dari Al-Itsbaat Al-Muarikhiin; bahwa Abdullah bin Zubair memiliki budak-budak (hamba) wanita dan gitar. Dan Ibnu Umar pernah kerumahnya ternyata disampingnya ada gitar , Ibnu Umar berkata: “Apa ini wahai sahabat Rasulullah saw?”. Kemudian Ibnu Zubair mengambilkan untuknya, Ibnu Umar merenungi kemudian berkata: “Ini mizan Syami ( alat muzik) dari Syam?”. Berkata Ibnu Zubair: “Dengan ini akal seseorang bisa seimbang”. 

*Kesimpulan- ketiga-tiga ulama besar ini mengharuskan bermain gitar- sejenis alat muzik. 

PUSAT KONSULTASI SYARIAH ERA MUSLIM 

Sebagaimana telah diungkapkan di muka bahwa, hukum dasar yang berlaku dalam Islam adalah bahwa segala sesuatu pada dasarnya dibolehkan kecuali ada larangan yang jelas. Dengan ketentuan ini, maka alat-alat musik yang digunakan untuk mengiringi lirik nyanyian yang baik pada dasarnya dibolehkan. Sedangkan alat musik yang disepakati bolehnya oleh jumhur ulama adalah ad-dhuf (alat musik yang dipukul). Adapun alat musik yang diharamkan untuk mendengarkannya, para ulama berbeda pendapat satu sama lain. Satu hal yang disepakati ialah semua alat itu diharamkan jika melalaikan. 

Pusat Konsultasi Syariah 

DR. MUHAMMAD DEEN 

Dr. Mohammad Deen mengambil pendirian bahawa hukum muzik dan nyanyian dalam Islam adalah HARUS selagi mana tidak disertai dengan perkara-perkara lain yang haram. Maknanya, muzik dan nyanyian menjadi haram disebabkan hal-hal lain bukannya sebab zatnya (bentuknya) sendiri. Maka kaedah fiqh yang bermaksud: “Asal hukum sesuatu perkara adalah harus selagi mana tiada nas sahih yang mengharamkannya”. 

*Kesimpulan- bentuk alat muzik yang berlubang (seperti seruling dan gendang) ataupun yang bertali (seperti gitar dan piano) bukanlah penyebab ia menjadi haram.

FAKULTI USULUDDIN IAIN WALISONGO, INDONESIA 

Jika lahwa-al hadits diartikan nyanyian/musik yang kata-kata/iramanya menjadikan orang tersesat dari jalan Allah, maka bagaimana sekiranya hal tersebut membawa orang untuk ingat dan dekat dengan Allah, secara mafhum mukholafah (kebalikannya) adalah diperbolehkan. 

Islam tidak membunuh/mematikan fitrah manusia dan instingnya. Tetapi mengatur, menyalurkan dan mengarahkannya ke arah yang positif dan tidak sampai melanggar batas-batas yang telah ditentukan serta diridhai oleh Allah. Misalnya orang mempunyai bakat seni musik atau seni suara tidak dilarang oleh Islam bila ia mengembangkan bakatnya. Lalu menekuni musik atau nyanyian, sehingga menjadi musikus atau penyanyi yang baik. 

Bahkan Islam sangat menghargai bila orang yang mempunyai bakat seni lalu menggunakannya sebagai sarana dakwah Islam. Para wali yang berdakwah di bumi Nusantara ini khususnya di Jawa juga menggunakan jasa musik dan nyanyian. Seperti beduk, kentongan, alat gamelan, wayang kulit yang digubah sesuai dengan ruh ajaran agama Islam. 

Menurut saya musik dan nyanyian sekaligus alatnya adalah masalah duniawiyah yang harus dilihat dampaknya, positif atau negatif. Bila berdampak menjauhkan diri kita dari Allah, maka musik dan nyanyian tersebut menjadi maksiat. Tetapi sebaliknya jika musik dan nyanyian tersebut dapat mendekatkan diri kepada Allah bahkan dapat menambah keimanan serta ketaqwaan kita kepada-Nya, maka justru musik dan nyanyian diperintahkan oleh agama. 

(Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang,Indonesia)

IBNU HAZM & QADI ABU BAKAR AL-ARABI 

Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian." 

Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."

Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.

"Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan." (Yunus: 32) 

Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Adapun nyanyian yang disertai dengan alat musik maka ulama yang menghalalkannya mengatakan bahwa semua Hadits yang membahas masalah ini nilainya tidak sampai ke tingkat shahih maupun hasan. Inilah yang dikatakan oleh Al-Qadhi Abu Bakar Ibn-ul-'Arabi

(Lihat Abu Bakar Ibn-ul-'Arabi, AHKAM-UL-QURAN, Jilid III, hlm. 1053-1054):

FATWA KEDAH 

“Harus menggunakan alat – alat muzik sama ada bersifat tradisi atau moden selagi ia tidak bertentangan dengan Islam dan tidak melalaikan.” 

*Kesimpulan- semua alat muzik harus dimainkan asal kena dengan caranya

Harapan Wanita Kepada Teman Lelakinya ♥



Sekadar untuk renungan dan utk dikongsi bersama bagi pasangan yang bercinta...

Harapan wanita kepada teman lelakinya....

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg membersamai perjalananku nanti...

♥ Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

♥ Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat.

♥ Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.

♥ Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu.

♥ Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.

♥ Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya.

♥ Aku percaya, kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada.

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri....

♥ Aku pun begitu sayang

♥ Aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain,agar baktiku padamu pun sempurna.

♥ Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aq inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… karna kau tahu? meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti.

♥ Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu.

♥Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu,yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu.

♥ Akupun ingin menjadi ‘aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang,seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘aisyah”.

♥ Aku ingin menjadi fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan karna aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi karna aku ingin mencintaimu dengan sempurna,tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja.

♥ Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi dipelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu cintaku padamu,tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku… usahaku ini tidak mudah sayang, begitupun usahamu.. kuyakin itu.. maka tetaplah dalam jihadmu.. tetaplah dalam usahamu.. tetaplah dalam ikhiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat dsni dalam jihad dan ikhtiarku,bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon karna doa yg dapat menolongku hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama dan nanti.. terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa mejadi khadijahmu, ‘aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda hajar tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini… teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya karnaNya…aamiin,♥

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia



Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia..."Tanggungjawab kita sebagai seorang anak".

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya"? Nabi menjawab : " Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ) ".
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : " Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)