Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Saturday, September 3, 2011

Kenapa Ada Hasad Dengki



TIKAM BELAKANG / DENGKI Banyak akibat buruk yang kita dapatkan dari dengki. Secara ruhiah, dengki akan memakan amal baik kita seperti dijelaskan hadits Rasulullah saw diatas. Jika kebaikan kita sudah terkikis habis, apakah kita masih berharap bahawa do’a kita akan terkabul? Percuma kita kerja keras dan kerja cerdas jika Allah tidak mengizinkan kita sukses. Dari Jabir dan Abu Ayyub Al-Anshari, mereka mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, ‘Tidak ada seorang pun yang menghinakan seorang muslim di satu tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirosak kehormatannya melainkan Allah akan menghinakan orang (yang menghina) itu di tempat yang ia inginkan pertolongan-Nya. Dan tidak seorang pun yang membela seorang muslim di tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirusak kehormatannya melainkan Allah akan membela orang (yang membela) itu di tempat yang ia menginginkan pembelaan-Nya.‘ (Ahmad, Abu Dawud, Ath-Thabrani)



Dengki
Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…



Dengki
Walaupun kita tidak belajar tinggi namun rata-rata kita semua dah ada Phd (Penyakit hasad dengki). Ini penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan tak ada lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuh mahupun menahan sakit dengki ni.



Kenapa dengki?
Kita berdengki kerana kita bercita-cita agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kesah kalau nikmat tu tak dapat untok kita asalkan orang itu pun tak dapat sama. Buruk perangai dengki ini sahabat/teman. Itu yang kita semua suka lakukan atau menunggu masa untok lakukan.


Apa dapat dengan dengki ?

Dapat dosa sudahlah memang dan pasti. Dapat sakit hati, dapat rasa benci, dapat angin satu badan bila tengok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapat memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengki, sudahnya duit habis tahu-tahu kereta kena tarik. Dapat malu lah pulak.Sifat yang sukar dikikis dari hati sesetengah orang kita.


SEMAI KEINDAHAN ,JANGAN ADA DENGKI......... Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).
Siapa pesakit dengki?
Pesakit dengki ini ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gerenti tak cukup tanah. Nak buat macammana, orang kaya pun berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat macammana, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan angan lagi nak nikmat yang lebih lagi.


Apa ubat dengki?
Benda kotor memang banyak penyakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersarang dan salah satu daripadanya ialah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkanlah hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan sebarang ubat untok cuci hati, bukan begitu caranya nak mencuci hati. Belajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Bersangka baik, itu saja ubatnya.

Tak payah lah nak berdengki
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nikmat, Dia nak bagi pada siapa, itu ALLAH punya kuasa! Yang kits sakit hati sangat ini kenapa? Kita tak puas hati pada siapa sebenarnya? Bengang pada kawan .sahabat, adik beradik ? Kita siapa nak di banding dengan kuasa ALLAH ? KITA menuduh ALLAH tidak adil ? Ingat lah kejadin kita sebagai hamba nya ….Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan ALLAH! Hati-hati macam yang sebegini tak tahu nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesat. Sudah lah kita akan ditanya juga dengan siapa kita dengki dulu . Bawa-bawa bertaubat. Semuga perjalanan hidup kita juga sekeliling kita dalam selamat hendak nya …………….Astaghfirullah.
Wallahu a'lamu bi al-shawab......
Reactions:

3 Pandangan yang Bernas !!:

Gunnersky said...

aq x der pndgn bernas...tp, dengki neyh mmg x leh nk elak.....
kdg2 tuh ati mmg x brp nk sng tgok org laen lebih dr kita...

Nick said...

Bernas jgak la tuh .. hehe..

Nurlisa Kamaruddin said...

Assalammualaikum,smlm kkak sy ygsulung tikam sy dr blkng,trmsuk cousin sy..kkak sy bgthu cousin sy yg sy ni mgutuk dia mcm2 sdgkn sy xbuat pn..yg sll mngutuk dia kkak sy tu la..emak sy pn kkak sy bole maki dpn2 org kg..cousin sy ni pula trut mki mak sy dlm msg dia..sy dh berumahttga..sy d hina mcm2 smpkn sy d ckp xde apa2 pn kt sy d negeri tmpt sy ddk skng..n slh kh sy cma mmiliki mto utk bwa ank2 bjln..hina kh sy?sdgkn sy xpnh berhutang dn xpnh ambil thu pn psl dwng..sbb sy thu kkak sy mmg dr dulu ska knakn sy dn burukkn sy..skng kkak sy hasut abg sy..dn abg sy trut mki mak ayh sy..trmsuk ank kkak dn abg sy..sy ksian kt mk ayh sy yg dh tua..kt mna lg dwng nk tgl klau d halau dari rmh dwng sndri..sy sbgai ankbongsu xdpt pindh sbb kelulusan suami msih trsekat d bukit aman..sy sll berdoa allah plihara mk ayh sy dn jauhkn 3 org ni dr mereka..pnh hrtu mk cl sy bgtau abg sy nk cmpk dia guna kerusi dn pnh bla sy blik cuti abg cmpk pisau ke arah mk nsib baik xkna mk sy..skng sy stress sy mlu ada adik brdik mcm tu,sy tringn nk ada kkak n abg yg baik mcm org lain..skng sy cma mnumpng kasih kkak dn abg ipar d sblh suami je..apa ptt sy buat..