Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Saturday, September 17, 2011

Masa Yang Telah Berlalu Pasti Tidak Akan Kembali



Allah S.W.T berfrman ,"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita sebenarnya telah membuat sesuatu di dalam kehidupan.

Jika ianya berupa ‘negatif’ maka ianya menjadi DOSA di sisi Allah dan yang ‘positif’ pula maka ianya menjadi PAHALA.



Ia bagaikan dunia yang berpusing setiap hari, kita tidak sedar ianya berpusing tetapi kita hanya sedar bahawa telah berlaku perubahan malam dan siang atau pun perubahan ke atas musim-musimnya.

Suasana hariannya tetap sama tetapi sejarahnya cukup berlainan kerana setiap hari yang sama itu mempunyai peristiwa-peristiwa yang berlainan. Dan peristiwa yang berlainan inilah motif kita mengenang sesuatu yang lepas dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Namun, kita bukan penentunya kerana MASA adalah MILIK ALLAH dan ALLAH sahajalah penentu segala-galanya di dalam kehidupan. Justru, kehidupan itu bukanlah sesuatu yang olok-olok, malah bukan suatu permainan dan perjudian. Kehidupan adalah suatu perjalanan, suatu pelaburan, suatu amanah dan suatu iktiqad.

Apa yang kita kutip semasa hidup akan menjadi hasil tebusan di hari pembalasan. Jika banyak pulangan dari pelaburan ‘saham’ kita semasa hidup maka mudahlah bagi kita tetapi jika kurang, dan semakin berkurangan maka bersedihlah kita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.” (Maryam [19:39])

Oleh itu, ada baik nya kita bermuhasabah diri selalu untuk melihat di mana kita. Jika perlu MENANGIS maka MENANGISLAH DARI SEKARANG kerana MENANGIS KEMUDIANNYA sudah tiada kesannya.

0 Pandangan yang Bernas !!: