Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Saturday, September 3, 2011

Pesanan Ayah Buat Anaknya



Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…

Renungan bersama untuk kita semua serta diri saya

Seorang ayah yang menunggu saat ajalnya,
didampingi isteri tercinta, lalu berbisik si ayah meninggal pesan buat kedua-dua anak lelakinya.
Dia berpesan agar "Jangan sesekali menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu"
"Jika pergi berniaga di kedai, jangan biarkan mukamu terkena sinaran matahari"
Si Ayah mewariskan dan membahagikan perniagaan keluarga kepada kedua anaknya,



Lalu, Si Ayah pun pergi meninggalkan keluarga tercinta serta pesanan yang bernilai...
Tiap pesanan Si ayah disampaikan oleh Si Ibu kepada kedua orang anak lelakinya..
Buat bekalan untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar..

Setelah bertahun masa berlalu,
Si ibu ingin melihat kejayaan kedua-dua anaknya,
Anak yang bongsu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik dan menjadi jutawan,
tetapi anak yang sulung tidak berjaya dan kini hidup sederhana dengan 'makan gaji'...

Maka Si Ibu pun bertanyakan pencapaian hidup kedua anaknya itu,


Anak yang sulung memberitahu,

Dia jadi begini kerana mengikuti pesan ayah.
"Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku,
akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak
membayar sementara aku tidak boleh menagih''

"Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari
rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari.
Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh
berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya
penggunaan wangku bertambah banyak"
Sebab itu perniagaan anak yang sulung gagal...

Tetapi berbeza pula dengan anak yang bongsu,
Dia berjaya kerana mentaati pesan ayah,
“Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya,
maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut”.

"Ayah juga berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak
boleh terkena sinar matahari,
maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam"
"Oleh kerana kedai saya buka dibuka lebih awal dan ditutup lebih lewat berbanding kedai yang lain.
Menyebabkan kedaiku menjadi laris kerana beroperasi lebih lama."
Dan sebab itu Si Anak yang bongsu mengecapi kejayaan..

Kesimpulannya:

Lihat bagaimana anak bongsu memandang pesanan ayahnya berbanding abangnya...
Kita harus memandang sesuatu itu dari sudut yang positif, dan itu yang dilakukan oleh Anak yang bongsu...
Oleh itu, Berfikirlah secara positif...
Mudah-mudahan dikalangan kita adalah antara mereka yang terhebat... InsyaAllah..

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

1 Pandangan yang Bernas !!:

Unknown said...

waaaaahhhh...
subhanallah.....