Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Wednesday, October 12, 2011

Adab Suami ketika Isteri Sedang Mengandung



Adab Suami ketika Isteri Sedang Mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :


a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, menghargai isteri sebagai teman hidup yang paling rapat dengan anda..

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta menghindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. Jangan pentingkan diri sendiri dan membiarkan isteri anda tidur dalam perasaan sedih dan kecik hati pada anda.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan kasar, kesat dan perkataan yg boleh mengguriskan hati isteri anda..

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak sihat dan selamat.. 

g. Cuba sedaya upaya untuk berada disisi isteri semasa isteri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pada anda... Banyak betul pengorbanan isteri untuk suami tercinta.. Wahai Kaum Adam... Hargailah Wanita sebaik-baiknya... : <

1 Pandangan yang Bernas !!:

Lina said...

hehe..indahnya dunia klu jd isteri org..