Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Tuesday, October 11, 2011

Istiqamah Dalam Bertaubat



Menurut Syekh Abu Ishak Ibrahim al-Mabtuli dalam kitabnya, al-Minahu as-Saniyyah, menyebutkan bahwa taubat itu ada PERMULAAN dan KESUDAHANnya; taubat itu bertingkat-tingkat, ada awal dan ada puncaknya. Ada sembilan tingkatan taubat menurut beliau iaitu :



(1) permulaan dari taubat adalah bertaubat dari dosa-dosa besar


(2) lalu bertaubat dari dosa-dosa kecil


(3) bertaubat dari perkara yang dibenci atau makruh


(4) bertaubat dari perkara yang menyimpang dari keutamaan


(5) bertaubat dari dugaan mengenai kebaikan dirinya


(6) bertaubat dari dugaan bahwa dirinya sudah menjadi kekasih Allah


(7) bertaubat dari dugaan bahwa dirinya telah benar-benar bertaubat


(8) bertaubat dari kehendak hati yang tidak diredhai Allah


(9) dan puncaknya adalah bertaubat sewaktu-waktu lupa dari melihatNya (mengingatNya) walau hanya dalam sekejap..

p/s : Bertaubat kepada Allah Swt adalah AMALAN yang semestinya kita lakukan kerana setiap manusia pasti melakukan kesalahan..siapakah di antara kita yang mempunyai alasan untuk tidak bertaubat? Sungguh, sama sekali kita tidak mempunyai ALASAN untuk tidak bertaubat kepada Allah Swt. Maka, marilah kita memperbanyak memohon ampunan dan bertaubat kepadaNya..✿

0 Pandangan yang Bernas !!: