Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Tuesday, September 4, 2012

Hukum Guna Biji Tasbih Ketika Berzikir. Betulkah Haram ?

Minggu lepas saya musykil tentang hal ni. sy ada sms dekat Ustaz Saidin mengenai hukum menggunakan biji tasbih ketika nak berzikir. dan ini lah jawapan yang diberikan.. Terlebih Dahulu , sy ucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Ustaz Saidin diatas segala Penjelasan.


'''Satu lagi sms masuk dalam handphone saya mengenai hukum menggunakan biji tasbih dalam berzikir. Terdapat pro dan kontra di kalangan umat Islam. Rasanya masing-masing ada pendapat. Yang kata tak boleh tu mungkin mereka berpegang kepada hadis Dari Yusairah, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan bertaqdis. Dan hitunglah ia menggunakan jari-jari kerana jari-jari itu akan disoal dan diizinkan bertutur."
Hadis riwayat At Tarmizi
Dari Abdullah bin Amr,
"Aku melihat Rasulullah s.a.w menghitung tasbih dengan tangan kanannya"
Hadis riwayat Abu Daud

Kalau dirujuk kepada dirayah hadis ini kedudukannya adalah hadis dhoif yang boleh diamalkan tetapi tak boleh dijadikan hujjah. Makanya apabila diperhujjahkan atau difatwakan  ianya akan menjadi masaalah yang lebih besar kepada umat Islam iaitu pertelingkahan yang boleh membawa kepada perpecahan ummat

Sejarah terawal penggunaan biji tasbih untuk berzikir adalah pada tahun 800M iaitu selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Selain itu, yang turut menjadi isu adalah agama lain juga menggunakan biji tasbih. Dalam agama Hindu ia dipanggil "mala" yang bermakna kalungan manakala dalam agama Budha ia dipanggil "chu". Ada yang mengatakan penggunaan biji tasbih ini berasal dari agama lain (boleh cuba pastikan dengan merujuk kitab al Subhah Tarikhuha wa Hukmuha karangan Al Sheikh Bakr Abu Zayd).

Oleh kerana perkara ini merupakan khilaf dalam tatacara beribadah kecuali kita berniat bertashabuh (menyamai) agama lain hukumnya adalah haram. Tetapi sekiranya kita hanya berniat memudahkan kita membuat pengiraan kalimah zikir dan kita selesa dengannya tidaklah menjadi kesalahan. Sepanjang saya berada di makkah dan Madinah seluruh umat Islam di dunia berkumpul tidak lekang dari tangan mereka biji tasbih kenapa tidak ada ulama dan cerdik pandai Islam  di negara umat Islam ini melarangnya...?Terpulang pada diri masing-masing nak guna tangan pun boleh ...(berdasarkan amalan Rasulullah saw yg dilihat oleh para sahabat. Atau nak guna biji tasbih tetapi digerakkan oleh tangan juga (mana ada orang gerakkan biji tasbih dengan kaki) 

So.. kadangkala kita terlalu lurus dengan sesuatu  sunnah hingga kita melihat orang itu, orang ini tak betul. Saya pernah ditegur oleh seseorang yang mengikuti satu jamaah dakwah yang kununnya amat berpegang dengan amalan sunnah. Katanya..."Ustaz pun pakai dompet (orang utara kata kopek) tak ikut sunnah tu..kita kena pakai uncang" Saya kata "Laa ni hang tok sah naik kereta hang kena naik unta je...yang hang naik kereta tu pasai apa? Rasulullah tak naik kereta" Fahamlah sikit... ada sunnah yang sunat, ada sunnah yang harus dan ada sunnah yang wajib" Menegakkan Islam tu sunnah yang WAJIB kenapa kita tak memperjuangkannya? Itu yang lebih penting dari kita bertelingkah soal qunut tak qunut..bilangan solat tarawih dan termasuklah yang ini ...guna bijik tasbih
Wallahuaklam...terikasih di atas pengirim sms dengan isu ini
Reactions:

1 Pandangan yang Bernas !!:

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.