Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Wednesday, September 5, 2012

Waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak

 
Beberapa hari lepas ada seorang ustazah mintak tolong bacakan doa pada anaknya kerana lambat bercakap. Kita cuma usaha ikhtiar dan doa selebihnya berserah pada Allah. Ada kes yang sama di mana ada anak yang hanya boleh sebut mak ayah hingga usia 7 tahun baru boleh bercakap.

Banyak juga yang bertanya pada saya bagaimana nak membimbing anak-anak dan waktu yang paling sesuai menasihati mereka. Saya kira terpulang pada ibu bapa masing-masing  namun begitu ada juga panduan yang boleh kita  lakukan berdasarkan amalan para ulamak dalam menasihati anak-anak.

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak). 

Untuk memastikan rumah kita tidak dimasuki syaitan yang boleh menganggu keharmonian rumahtangga dan anak-anak baca Surah Al-Baqarah selama 3 malam.

Surah An-Nahli ayat 97 jika diamalkan insyaallah keluarga akan hidup berkasih sayang serta hati anak-anak menjadi lembut dan mudah dinasihati

Akhir Surah At-Taubah baca 7 kali selepas solat fardhu insyaallah Allah akan tolong kita jika kita menghadapi kesulitan dalam mendidik anak-anak. Apa yang penting kita YAKIN dengan amalan 
begini kerana tidak ada pertolongan yang terbaik melainkan dari Allah swt




Kdit : Ustaz Saidin