Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yang haram? Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?
Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama
umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi
yang haram?
Ingatlah, benda
haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yang
dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian
kepada manusia, menguji iman dan samada kita akan ingkar pada ajaran
Allah dan sebagainya.
Pemimpin dan pengikut Islam boleh
berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan
sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana
ia tidak mungkin berlaku.
Sebagai contoh, anggota badan
seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah
- dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan
secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut
Islam yang ingkar arahan-Nya... mulut digunakan untuk menipu, tangan
diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat
kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya...
Seperti juga
seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai
rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak
sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini
tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah
mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta....
Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau
menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat
keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri kursus agama
sahaja.
Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri
juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan
menguasai minda kerana kekuatan agama yang nipis.
Hanya didikan
agama yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam
membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang
halal.
Yang perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut
Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar
menguatkan iman dengan didikan agama yang cukup untuk menghindarinya.
Itu adalah lebih baik sebenarnya.
Mengetahui halal bukan
bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna
menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau
tidak diiringi dengan tindakan.
Senyum.
Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yang haram? Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?
Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi yang haram?
Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yang dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian kepada manusia, menguji iman dan samada kita akan ingkar pada ajaran Allah dan sebagainya.
Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mungkin berlaku.
Sebagai contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah - dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yang ingkar arahan-Nya... mulut digunakan untuk menipu, tangan diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya...
Seperti juga seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta....
Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri kursus agama sahaja.
Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan agama yang nipis.
Hanya didikan agama yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang halal.
Yang perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar menguatkan iman dengan didikan agama yang cukup untuk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.
Mengetahui halal bukan bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau tidak diiringi dengan tindakan.
Senyum.
0 Pandangan yang Bernas !!:
Post a Comment