Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Wednesday, September 28, 2011

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia



Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia..."Tanggungjawab kita sebagai seorang anak".

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya"? Nabi menjawab : " Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ) ".
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : " Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Alasan Naluri Jiwa Nak Jadi Perempuan Tidak Boleh Diterima


Perbuatan menukar jantina, hukum perbuatan itu adalah jelas haram dan tiada satu pendapat ulama pun yg mengharuskannya. Lagikan para ulama bersepakat mengatakan haram org lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya dlm berpakaian, bergaya dan bertingkah laku, inikan pula perbuatan menukar jantina drp lelaki jadi perempuan atau sebaliknya.

Ini berdasarkan beberapa buah hadis spt berikut:

1. Drp Ibn Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yg menyerupai atau berlagak spt wanita (al-mukhannathiin / al-mutasyabbihiin bi al-nisa') dan kaum wanita yg menyerupai / berlagak spt lelaki (al-mutarajjilaat / al-mutasyabbihat bi al-rijaal)" (Riwayat al-Bukhari)

2. Drp Abu Hurairah r.a., beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki" (Riwayat Abu Dawud dgn sanad sahih) -dipetik drp kitab Riyadhus Salihin.

Drp hadis di atas, jelaslah haram hukum lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. Perlu diingat, bila sesuatu larangan dlm nas itu disertai 'laknat' atau azab atau hukuman yg pedih s/ada di dunia atau akhirat, maka pelakunya adalah berdosa besar dan menjadi fasiq sehinggalah dia bertaubat nasuha.

Jika perbuatan 'menyerupai' atau ' berlagak' sahaja pun telah dikira berdosa besar dan dilaknat oleh Nabi s.a.w., apatah lagi perbuatan mengubah sesuatu anggota lelaki menjadi anggota wanita, lebih2 lagilah dosanya.

Bahkan perbuatan menukar jantina itu termasuk dlm kategori dosa besar yg lain (tambahan kpd dosa menyerupai wanita), iaitu mengubah ciptaan Allah s.w.t. atas dasar tak puas hati dgn takdir. Ttg perbuatan terlaknat mengubah ciptaan Allah s.w.t. tanpa sebab syar`ie (spt memulihkan kecacatan yg luar biasa) ini.

Alasan naluri jiwa nak jadi perempuan tidak boleh diterima langsung sbg sebab utk mengharuskan perbuatan manusia yg dikutuk itu. Kalau begitu, seorg yg suka merompak pun akan berkata naluri jiwanya suka merompak. Begitu juga perogol, penzina, perasuah dan pelbagai penjenayah lagi boleh berhujah konon naluri jiwanya suka melakukan perbuatan2 jenayah itu. Bukankah perbuatan jenayah itu hanya pd penggunaan org ramai yg bukan penjenayah, pd seorg penjenayah, ia bukanlah jenayah yg perlu dihukum, ataupun paling kurang dia ada alasan sendiri utk mengharuskan jenayahnya itu atau menganggapnya bukan satu kesalahan. Mungkin alasannya, naluri jiwanya sukakan perbuatan itu.

Puak2 mak nyah yg dilaknat dlm hadis di atas harus ditangani dgn hikmah antara ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.

Ibu bapa dan keluarga wajib mendidik anak2 supaya menjadi org Islam yg taat dan takut utk melakukan dosa (ini memandangkan majoriti lebih 90% golongan maknyah itu ialah Melayu Islam). Akidah terhadap pembalasan neraka amat berkesan utk membuang amalan jahiliyah ini. Para Sahabat dulu boleh meninggalkan amalan2 jahiliyah dgn aqidah (iaitu kepercayaan/keimanan) yg betul2 kukuh terhadap nasib hidup selepas kematian. Seseorg itu bertindak berdasarkan kepercayaannya, bila kepercayaan itu lemah, maka senanglah syaitan drp kalangan manusia dan jin menjadi gurunya.

Masyarakat pula wajib memandang jijik amalan yg tak diterima oleh masyarakat manusia yg waras ini, apatah lagi masyarakat Islam yg beriman dgn Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Jika masyarakat menerima kehadiran mereka, nescaya lama kelamaan, makin ramai spesis itu akan muncul. Alhamdulillah, masyarakat kita rata2 tidak menerima spesis ini, sehingga hampir tak ada majikan yg sanggup menggaji manusia spt itu. Bagaimana majikan nak percaya pd seseorg yg tak amanah pd dirinya sendiri ???

Monday, September 26, 2011

Hukum Lelaki Memakai Inai Di jari



Hukum memakai inai bagi wanita

Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.

Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.

Ketinggian Darjat Ilmu



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS Al Mujadilah : 11)

Ada dua golongan orang yang akan Allah muliakan darjatnya beberapa tingkatan.

Jauhi 15 Bahaya Lidah Yang Boleh Mencampakkan Seseorang ke Neraka Jahanam



Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan dua akibat (kesan) yang besar iaitu samaada ke syurga atau ke neraka. Jika digunakan dengan baik dan jujur maka lidah akan membawa pelakunya insya Allah ke syurga atau sebaliknya lidah yang disalah gunakan akan membawa pelakunya ke neraka. Nabi SAW pernah memberi isyarak kepada sahabat bahawa dua anggota manusia yang banyak membawa ke neraka iaitu lidah dan kemaluan.

Wednesday, September 21, 2011

BILAL BIN RABAH : “ KULITNYA HITAM, HATINYA PUTIH ”



Di mana sahaja kita berada di pelusuk dunia, pasti akan ada orang yang mengenali Bilal Bin Rabah. Kelahirannya dari bumi Habsyah, mengikut riwayat lain, dari negara hijaz.

Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudu’ yang tidak pernah diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.

“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.

Ancaman Kepada Mereka Yang Meninggalkan Solat



Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:

"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."

Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:

Airmata Rasulallah s.a.w



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Tanda Taubat Diterima Oleh Allah s.w.t



Berkata Ibnu Qayyim Rahimahullah: Taubat yang makbul (diterima) itu memiliki beberapa tanda, diantaranya:

1. Bahawa setelah bertaubat, seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya.

2. Bahawa dia sentiasa diliputi rasa takut, tidak merasa aman dari makar (siksa) Allah walau sekejap pun.

3. Di antaranya lagi ialah timbulnya rasa sedih dan takut yang mendalam di dalam hatinya.

Rahmat Di Sebalik Sakit Yang Kita Hadapi



1) Menghapus dosa

Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).