Jom Kita Kongsi Ilmu :)

Thursday, September 29, 2011

Inilah Sebabnya Rasulullah s.a.w Sukakan Kucing




Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Reactions:

13 Pandangan yang Bernas !!:

LinLOn~ said...

macam mana pula dengan bulu kucing? boleh bawak solat tak? ada org cakap dekat saya solat x sah kalau ada bulu kucing lekat dekat badan..

AdliaFarhana said...

saya juga ade dgr pasal ini? bolehkah kita bersolat jika ada bulu kucing terlekat di badan kita?

Nick said...

Bulu kucing dikira najis bila sudah tercabut dari tubuh badannya. Maksudnya, bulu kucing yang luruh adalah najis, ini kerana kucing itu tergolong dalam haiwan yang tidak halal dimakan. Ini adalah bersumberkan hadis berikut:

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.

Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.

(Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).


Untuk mengelakkan rasa was-was, sebab terdapat banyak pendapat tentang hukum bulu kucing dan sah solat ini, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Ataupun, mengambil langkah yang lebih baik iaitu, mengikut Mazhab Shafie itu sendiri yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dari badannya adalah najis.

Jadi, bila kita menanggung najis di pakaian solat, maka solat itu tidak sah.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi kita, pakai pakaian bersih untuk solat bila dah main dengan kucing. Jadi, tak ada la timbul rasa was-was lagi.



Dalam Mazhab Shafie juga mengatakan kalau terdapat juga bulu kucing yang tertinggal dan melekat sikit-sikit, sehelai dua adalah dimaafkan, jadi solat itu sah.

Kalau kita dah mengambil langkah yang terbaik, salin pakaian bersih, tapi masih ada yang terlekat di mana-mana, insyaAllah solat kita sah…

Mat Cerak said...

suka2,,i love my cat,,!!!

Klik Aje ! said...

Ohh, aku suka kucing bro, tenkiu atas info tersebut...

musafirdidunia said...

Aku & kucing sentiasa berpisah tiada smapailah aku kembali ketempat asalku kelak sbb aku membesar dgn kucing kucing sampai dah tua bangka sekarang (60 tahun). Aku akan membela seekor kucing dalam setiap masa hidupku.

Quick said...

meow

suzie rahman said...

suke kucing saya,si langsat dan angkat.

Anonymous said...

abu hurrairah digelar bapa kucing la...dia siap bwk kucing letak dlm poket ms bersolat...takkan tue dikira najis???

Nick said...

tolong tgok video ni. Minit ke 8.00 .
Minta Maaf.

http://www.youtube.com/watch?v=CucQI-yJv9w

Anonymous said...

bulu kucing ni mengikut Ustaz Azhar Idrus, najis yang dimaafkan.

Anonymous said...

Hukum pakaian kucing baju Haram ke?

fashlalee said...

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/645-irsyad-fatwa-ke-82-hukum-bulu-kucing-yang-tertanggal