Jom Kita Kongsi Ilmu :)
Monday, September 5, 2011
10 Amalan Terbalik Yang Diamal Kita
Posted on 11:16 PM by Nick
1.AMALAN KENDURI ARWAH UTK BEBERAPA MLM adalah sesuatu yg terbalik dri apa yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga utk memasak mknn utk keluarga simati bg meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan tetapi terpaksa pula menyediakan mknn dan belanja utk mereka yg yg dtg membaca tahlil. Tidakkah mereka yg hadir mkn kenduri tersebut khuatir kalau2 termkn harta ank yatim yg ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yg belum dibahagikan kpd yg berhak menurut Islam.
2.SALAM BERISI. Kalau hadir ke kenduri walimatulurus org kerap salam berisi atau bg wang dan hadiah. Kalau tak ada duit nak dikepit dlm tgan, maka segan ia nak pergi mkn kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi org mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga simatilah kita patut memberi sedekah.
3.PAKAIAN CANTIK. Ketika hadir majlis pemimpin negara atau majlis formal atau yg sama waktu dgnnya, kita berpakaian cantik, kemas dan segaktetapi bila menagdap Allah baik di rumah mahupun masjid, pakain lebih kurang shj bahkan ada yg x berbaju.
4.JAMUAN. Jika menjd tetamu di rumah org dan di beri mkn, kita rasa segan nak mkn sampai habis apa yg dihidangkan kerana rasa segan dan malu., sedangkan yg dituntut dibykkan mkn dan dihabiskan apa yg dihidangkan supaya tuan rumah rasagembira dan tdak mmbazir.
5.SOLAT SUNAT. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sgtlah malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat byk dilakukan di rumah spt yg dianjurkan Rasulullah utk mengelak rasa riak.
6.BELANJA BULAN PUASA. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termsuk nafsu mkn yg berlebihan tetapi kebykkan org mengaku bhwa carta perbelanjaan setiap rumah org Islam akn dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yg tertinggi dlm setahun. Sedangkan sepatutnya di bulan puasa yg terendah.
7.KENDURI HAJI. Kalau nak kerjakan haji, kebyakkan org akn buat kenduri sblum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari mekah tak buat kenduri pun. Anjuran kenduri dlm Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri , bukan kerana hendak bermusafir.
8.TUISYEN. Ramai ibu bapa risau anak2 gagal dlm peperiksaa hingga sanggup hantar anak2 tuisyen yg menelan belanja yg tinggi tetapi xheran atau risau anak xtau solat dan mengaji al Quran. Berkira pula utk hantar anak kelas mengaji dan kem smart solat.
9.KEJAR REZEKI ALLAH. Kalau nak kejar rezeki Allah,xkira hujan, panas, ribut,pagi, ptg, siang, mlm mesti buat kerja. Tapi nak ke Rumah Allah amatlah liat dan malas sedangkan hanya perlu berjalan beberapa meter shj. Sungguh xmalu manusia sebegini, rezeki Allah diminta tp nak ke rumah Allah amatlah berkira dan malas.
10. ISTERI BERHIAS. Isteri kalau nak keluar rumah,bkn main berhias lagi tapi kalu dekat rumah. Sedangkan yg dituntut seorg isteri itu berhias utk suaminya, bukan utk org lain.
ini hanya beberapa shj dan mungkin byk lagi. sebar2kan utk kebaikan bersama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pandangan yang Bernas !!:
Post a Comment