Jom Kita Kongsi Ilmu :)
Saturday, August 20, 2011
Tak Malu Ke ??
Posted on 11:46 PM by Nick
Bismillahirrahmanirrahiem..
Syukur ke hadrat Allah yang beri ana sedikit ilham untuk postkan sedikit nukilan ini..moga ada manfaat di bulan Ramadhan al-Mubarak ini..ameen..
Ini salah satu hadis dari 40 Hadis Shahih yang dikumpul oleh al-Allimul Allamah al-imam an-Nawawi rahimahullahu wa ardhoh..berkaitan sifat MALU...sama2 kita renungkan..
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '
Ana hanya ingin mengampil pengajaran hadis ini sahaja untuk dikongsi bersama..
Kita selalu dengar manusia berkata.. "Eh, dia tu pemalu laa" atau "Awat hang ni malu sangaaat??" ataupun "Tak perlu nak malu laa.." Begitu banyak corak ayat yang selalu diutarakan oleh manusia sekeliling yang berkaitan perkataan malu..namun sebenarnya, apakah pengertian sebenar mengenai malu??
Persoalan ini hanya boleh dijawab dengan kita merenung kembali hadis yang telah ana anjurkan di atas tadi yang menyentuh pasal malu.. Sebenarnya, malu menurut Islam sangat murni dan mencakupi pengertian yang sangat luas dan syumul(menyeluruh)..
sebagai contoh, malu dari aspek Akidah, kita merasakan bertapa kerdilnya kita berhadapan dengan Allah yang Maha Kaya laagi Maha Gagah..dan pada masa yang sama kita kita merasa malu untuk memohon sesuatu dengan Allah dek dosa kita yang teramat banyak..mungkin juga kita merasa malu untuk berkelakuan baik kerana merasakan diri kita kotor disisi Allah..
Dari aspek Ibadah pula, malu mugkin timbul dalam melakukan perkara ketaatan..sebagai contoh, seseorang akan merasa malu kepada sahabtnya yang kelihatan 'nakal' kerana difikirkan bahawa jika dia melakukan ketaatan atau Ibadah, nescaya akan dikatakan sesuatu yang kita akan merasa malu kononnya menjatuhkan standard kita. Malah malu juga boleh timbul semasa kita menasihati rakan2 yang akhirnya mendakwaa kita 'alim' lalu kita terus rasa malu kepada diri sendiri dan kawan2..atau mungkin dalam aspek Ibadah, malu juga imbul semasa kita meninggalkan suruhan Allah, lalu timbul malu untuk 'merapatkan diri' dengan Allah semasa itu...
Malah, malu turut wujud dalam Tasauf..tatkala seorang hamba menyebut nama Allah..maka akan terdetik pada hatinya..adakah aku ini benar2 hamba Allah?? maka datangla perasaan malu untuk menyebut kembali nama Allah(seorang yang sedang menangisi dosa2)..ataupun, malu juga datang semasa berseorangan ...kita merasa malu kepada Allah kerana terlalu banyak masa kita terluang tanpa mengingatinya sedangkan Allah tidak pernah melupakan diri kita walau untuk seketika...maka datanglah malu dalam diri akan segala kelalaian dan kealpaan..
Walaubagaimanapun keadaan malu tu, sebenarnya..malu itu berlandaskan kepada pengetahuan...jika kita mengetahui siapa kita..dan siapa Allah..maka nescaya malu yang kita rasai itu adalah malu di tempat yang benar..namun, jika malu itu hanya sekadar mengikut perasaan dan kata hati(nafsu), maka ianya bukan malu yang dikehendaki dalam hadis ini..
Boleh jadi hadis ini ingin menerangkan secara tersirat kepada kita bahawa..kamu sepatutnya tahu siapa kamu dan kepada siapa kamu patut malu...inilah mesej yang hendak disampaikan oleh hadis di atas...
Akhir kalam..marilah kta merenung perasaan malu kita..adakah benar2 didasari Iman, atau sekadar malu kerana ego tercalar, jatuh kedudukan, hilang kepercayaan atau sebagainya..renungkanlah akan malu yang kita selalu lafazkan.."Eee..malunya!!"...adakah benar kita patut malu ketika itu atau kita sebenarnya silap menafsir malu pada tempat yang salah...
wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in ..walhamdulillahirabbil 'alamien..
wallahu a'lam ..
(tulisan asal oleh Izzuddin Muhammad, Asasi Undang-undang UiTM Merbok, SG Petani)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pandangan yang Bernas !!:
Post a Comment